`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 12, 2021

Pengerusi Amanah Johor positif Covid-19

 

Aminolhuda Hassan meminta mereka yang pernah menemuinya sejak beberapa hari lalu supaya membuat pemeriksaan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan.

Adun Parit Yaani itu berkata, beliau ke klinik untuk membuat pemeriksaan kerana tidak sihat sejak Ahad lalu dan dimaklumkan mengenai keputusan ujian itu pagi tadi.

“Saya mohon sesiapa yang ada bertemu dengan saya dalam tempoh beberapa hari lalu untuk membuat pemeriksaan sewajarnya. Mohon maaf kepada semua,” kata bekas Exco Johor itu menerusi kenyataan.

Semalam, Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dari Barisan Nasional memaklumkan dirinya positif Covid-19, selepas Adun Nenggiri, Abdul Aziz Yusoff turut disahkan dijangkiti virus itu pada 9 Jan lalu.

Selain Adun, tiga menteri turut disahkan positif Covid-19, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rina Harun serta Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.