`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, January 10, 2021

Zafrul's FDI Arithmetic Does Not Add Up - Tak Betul

 



Zafrul said FDI last year reflected confidence in Malaysia 

He argued FDI was RM109.8 billion for 1st nine months 2020

“How’s that for investors’ continued confidence in Malaysia?” he said.

criticised by business leaders  

Sven Schneider, CEO European Chamber of Commerce, said European foreign investors have many concerns about Malaysia being a “viable investment destination”.

“Until today, the Honorable Minister was not even able to meet with us and listen to the concerns of our corporations,” Schnieder said. 

“Without these inputs, your Ministry certainly cannot address the problems on the ground.”

Zafrul’s figures also questioned by CEO of KL -based online shopping site

Christian Isaksen of Collectr hoped Malaysia would start focusing more on tech investments and incentives to attract new start-ups and keep existing ones. 

“I’m afraid Malaysia will lose out to every other country in Southeast Asia.”

Zafrul said investments in 2020 involved close to 3,000 projects 

OSTB :

Nasihat saya bagi Zafrul sedikit saja : Sekarang bukan masa untuk berlagak macam hero. Orang awam sedang sakit, tenat dan penat. Dalam keadaan krisis seperti ini perkara yang paling penting bagi kerajaan ialah untuk berkongsi maklumat dan information dengan awam yang tepat, jujur dan terkini.  

Dont worry. Orang awam akan faham dan akan tahu cara mana mereka boleh manfaatkan atau menggunakan maklumat terkini daripada pihak Kerajaan.  Tugas Kerajaan adalah hanya untuk memberi maklumat terkini yang betul dan benar. 

Tidak guna bagi sesiapa pun (awam dan Kerajaan) dan tentu sekali ianya akan jejaskan kepercayaan awam kepada Kerajaan jika maklumat yang diberi oleh Kerajaan tidak mencerminkan keadaan sebenar atau realiti hari ini. Jadi sila elak daripada berlagak macam hero. John Wayne pun sudah meninggal dunia.

Jumlah pengangguran pada hujung 2020 dikhuatiri TIGA JUTA orang. 

Pada awal 2020 sahaja jumlah pengangguran disebut melebihi 2.4 Juta. 

Antara bulan April - Oktober (di tengah wabak Corona Virus) IPTA dan IPTS telah graduate-kan lebih 300,000 ribu graduan baru. (Sijil dua tahun, Diploma, Ijazah dsbnya).  Ramai daripada mereka terus menganggur.

Belum campur lagi lebih 400,000 lepasan Tingkatan 5 / SPM baru tahun 2020.

Belum campur lagi bilangan pekerja yang telah hilang kerja pada 2020.

Tahun ini pula angka-angka yang sama dan keadaan yang sama bakal berulang. 

Tahun ini pun IPTA dan IPTS (semua peringkat - kurus sijil 2 tahun sampai ijazah dsbnya) akan graduate-kan 300,000 atau lebih graduan baru. 

Dan campurkan lebih 400,000 lepasan Tingkatan 5 / SPM. 

Campur lagi bilangan pekerja yang akan hilang pekerjaan pada 2021. 

Jadi jumlah pengangguran boleh menghampiri EMPAT JUTA orang pada hujung tahun ini.

(Versi 'horror story' yang lebih seram menjangka jumlah pengangguran boleh melebihi LIMA JUTA ORANG pada 2021 ! ! !  Nauzubillah. Allahumma rabbana aatina . . .) 

GDP 2020 ekonomi negara kita dijangka menurun -4.3% hingga -4.8% (negatif).

Kita belum tahu lagi samada akan ada pemulihan pada 2021. 

Kemungkinan besarnya ekonomi akan lagi teruk sehingga separuh kedua 2021. 

Kita perlu percepatkan suntikan vaksin corona virus dengan top urgent, dengan serta merta.  Tetapi apakah rakyat dan ekonomi negara perlu tunggu orang besar dan orang kaya "settle" isu komisyen, untung rugi mereka dsbnya?  

Jika Kerajaan kenakan PKP terhad ekonomi negara akan lebih teruk.

Saya cadangkan semua aktiviti sosial, politik, sukan, agama dsbnya yang melibatkan lebih lima orang dibatalkan.  Ini termasuk acara atau sambutan kekeluargaan - lain daripada ahli keluarga yang sudah pun tinggal bersama dalam satu rumah. 

Biarlah kegiatan ekonomi yang lain (bekerja di pejabat, kedai, pasar, gedung, kilang, pengangkutan, kebun, ladang, sawah, bot nelayan) dibenarkan tetapi dengan mengikut SOP yang ketat.  

Penggunaan hand sanitiser dan pelitup muka mesti digalakkan di semua tempat.

Yang menjadi masalah terbesar sekarang ialah kecuaian, kelalaian, ketidakfahaman orang awam menjaga diri dan menjaga persekitaran mereka daripada jangkitan virus korona. 

Ramai orang masih berkumpul secara dekat di kedai makanan, warong, restoran dsbnya dan bercakap kuat, bergelak ketawa, berjabat tangan, bersalam, berkongsi mengguna sudu, senduk, pinggan, cawan minum, alat, perkakas dsbnya yang semuanya  membantu virus merebak. 

Kerajaan perlu pertingkatkan kempen dan saluran maklumat untuk meningatkan kesedaran awam untuk mengambil langkah berjaga-jaga banteras virus korona. 

Tanpa kerjasama awam jangkitan virus ini susah untuk dikawal.

Bab ekonomi pula memerlukan Kerajaan bertindak berani dan untuk kebaikan semua rakyat negara kita. Kepentingan orang yang "berkepentingan" dan mereka yang elit dsbnya mesti diletak di tempat yang sepatutnya - di saf-saf belakang. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.