`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 26, 2021

KDN kaji semula SOSMA, Akta Hasutan, Antipemerdagangan Orang

 

Hamzah Zainudin berkata, kementeriannya juga akan mengkaji semula Dasar Pengalihan Penyalahgunaan Dadah dan penggubalan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 serta RUU Pesara dan Bekas Polis.

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang mengkaji semula Akta Hasutan 1948, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) serta Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migram (Atipsom) 2007.

Menterinya, Hamzah Zainudin berkata, kementeriannya juga akan mengkaji semula Dasar Pengalihan Penyalahgunaan Dadah dan penggubalan Rang Undang-undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 serta RUU Pesara dan Bekas Polis.

“Kajian semula ke atas undang-undang sedia ada sangat penting bagi memperkasakan aspek perundangan supaya penguatkuasaan lebih efektif dan berkesan dapat dilaksanakan.

“Langkah ini selari tiga fokus utama yang kita tetap pada 2020, iaitu memperkukuhkan aspek perundangan, pengukuhan keselamatan sempadan, kawasan maritim dan pintu masuk.

“Kedua, pemantapan institusi dan sistem perkhidmatan di bawah KDN,” katanya ketika menyampai amanat tahun barunya secara maya.

Bagi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pula, katanya, projek rintis inisiatif penyelesaian dadah secara bersepadu bagi menangani masalah penyalahgunaan dadah, substen dan pelencongan sosial di 12 kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Sehingga 31 Dis lalu, sembilan daripada 12 kawasan itu berjaya dihijaukan.

Beliau berkata, Jabatan Sukarelawan (RELA) pula melakukan 4,019 rondaan keselamatan di semua 157 daerah yang dikenal pasti berisiko bagi mengurangkan jenayah di seluruh negara tahun lalu.

“Dalam aspek pertubuhan pula, tahap pematuhan dalam kalangan pertubuhan diperiksa meningkat kepada 83% pada tahun lalu berbanding 2019, iaitu meningkat sebanyak 13% khususnya bagi tiga kategori pertubuhan, iaitu kebajikan, agama dan sosial.

“Pematuhan dalam kalangan pertubuhan ini amat penting, ketiga-tiga kategori berkenaan turut dipantau badan antarabangsa bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan pertubuhan bagi tujuan penggubahan wang haram.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.