`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, July 1, 2021

Covid, Kesempitan Ekonomi, Bunuh Diri, Ah Long, Tiada Peluang Kerja Menyuluhkan Bodoh Haprak Parti Lebai

 Saya telah menerima "poster" yang berikut menerusi WhatsApp.  Orang ramai mengadu kegagalan 'struktur-struktur' agama dalam menangani masalah kehidupan rakyat yang sebenar.  :








Makin ramai orang makin fed up dengan kegagalan pentadbiran agama dalam negara kita untuk membantu rakyat marhaen mengatasi keperitan dan kepahitan realiti hidup. 

Saya sudah berkata beratus kali dan beribu kali dan selama berpuluh tahun puak-puak agama ini tidak boleh membantu manusia dengan hal-hal keperluan hidup.  Pemikiran mereka tidak bertapak dalam dunia yang nyata. Mereka sendiri menjual mantra 'trademark' mereka 'Kita tidak boleh gunakan akal dalam hal agama'. 

Memang pun. Agama itu 'tidak perlukan penggunaan akal'. 

Tetapi kehidupan kita atas muka bumi Allah swt yang sangat nyata ini  akan hancur, musnah dan lebur jika kita tidak menggunakan akal untuk merancang dan memenuhi segala keperluan hidup - termasuk menangani ekonomi, wabak, keselamatan, inflasi, menyediakan peluang kerja, dirikan kilang jahit kopiah, sediakan bekalan air minum yang bersih, melawani hisap dadah, sumbang mahram, rogol siri dan segala apa pun yang kita hadapi setiap hari. Semua ini realiti hidup seharian kita.

Apakah sumbangan 'struktur-struktur' ke-agamaan untuk menangani, untuk mengatasi, untuk majukan, untuk pendamkan keseluruhan daripada pelbagai penjuru kehidupan manusia? 

Masalah masyarakat, masalah negara dan masalah dunia memerlukan kebijaksanaan, kepakaran dan penggunaan akal untuk memperbaikinya. 

Masalah besar bagi puak-puak agama ialah mereka tidak menggunakan akal dengan sepenuhnya. 

Contoh besar adalah kenyataan oleh pemimpin parti lebai yang sangat dangkal ini.   



Penganalisis kecam PAS perlekehkan “kempen bendera putih” 
Kata mereka Nik Abdoh  tidak peka, kurang kemahiran 
dia kata kempen berkenaan untuk orang lemah, sikap kalah
sifatkan Nik Abdoh “pelik”
PAS sepatutnya bantu orang susah
persoalkan kualiti pimpinan PAS

(OSTB : Kualiti pimpinan mereka tahap penghuni tetap Hospital Tanjong Rambutan).

PAS tiada “pengetahuan asas” sekalipun 
ramai ragu kemampuan PAS ketika ia menyertai kerajaan 
keraguan mereka telah dibuktikan benar
Pemimpin PAS buat terlalu banyak kesilapan
Keputusan mereka cetek 
kegagalan pemimpin PAS mengkaji isu sebelum komen
PAS belum ada penyelesaian masalah sosial, rakyat kehilangan pendapatan
semakin ramai orang meminjam dengan Ah Long
PAS tiada penyelesaian masalah itu

OSTB :  Saya cadangkan kita kekalkan PAS sebagai pemerintah di Kelantan sebagai 'laboratory evidence' atau 'muzium'  untuk mengingati kita  akan kebodohan puak lebai ini.

Biarlah mereka berkumur dengan air tahi yang keluar daripada paip dan pili di negeri malang itu.    

Kita tidak melihat puak lebai ini memberi apa jenis sumbangan baik pun. Di mana saja mereka berada di situlah wujud kebodohan.   Itulah trademark mereka.





Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.