`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, November 26, 2021

Exco Melaka angkat sumpah hari ini

 

Pada pilihan raya negeri lalu, Barisan Nasional berjaya membentuk kerajaan apabila menang lebih dua pertiga kerusi Dewan Undangan Negeri ditandingi. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Istiadat Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia bagi Ahli Exco negeri Melaka akan diadakan petang hari ini.

Istiadat mengangkat sumpah berkenaan akan berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Mohd Ali Mohd Rustam di Balai Istiadat Seri Negeri, di sini kira-kira jam 2.30 petang.

Menurut laporan Berita Harian, surat makluman mengenai istiadat itu dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Melaka, ditandatangani Ketua Penolong Setiausaha Kanan Kerajaan, Unit Dewan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), Haelmy Mohd Hanifah.

Semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) yang menang dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka Sabtu lalu turut diundang ke istiadat berkenaan.

Turut diundang, enam Ahli Parlimen iaitu Ahmad Hamzah (Jasin), Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah), Mohd Redzuan Md Yusof (Alor Gajah), Shamsul Iskandar Mohd Akin (Hang Tuah Jaya), Khoo Poay Tiong (Kota Melaka) dan Rusnah Aluai (Tangga Batu) serta dua Ahli Dewan Negara, Mohamad Ali Mohamad dan Koh Nai Kwong.

Difahamkan, sekurang-kurangnya 10 ADUN BN dijangka dilantik sebagai exco negeri esok.

Antara yang disebut-sebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, Rais Yasin; ADUN Rim, Khaidirah Abu Zahar; ADUN Pengkalan Batu, Kalsom Nordin; ADUN Telok Mas, Abdul Razak Abdul Rahman; ADUN Serkam, Zaidi Attan; ADUN Asahan, Fairul Nizam Roslan serta ADUN Gadek, VP Shanmugam.

Sementara itu, ADUN Ayer Molek, Rahmad Mariman serta ADUN Rembia, Muhammad Jailani Khamis dijangka dilantik semula, selain ADUN Kelebang, Lim Ban Hong.

Lim pernah dilantik menjadi exco antara tahun 2013 sehingga 2018. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.