`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 14, 2021

Kamu penyebab kerajaan PH tumbang, adakah itu tidak ‘jahat’, Puad soal Muhyiddin

 

Puad Zarkashi mengingatkan Muhyiddin Yassin berhubung kemungkinan Bersatu tidak memenangi satu pun kerusi di Johor, jika PRN diadakan di negeri itu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno mengingatkan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin yang beliau menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menerusi Langkah Sheraton dan mempersoalkan adakah perbuatannya itu tidak dianggap “jahat”.

“Dia (Muhyiddin) tuduh Umno jahat kerana tumbangkan kerajaan sendiri di Melaka. Apakah dia tidak jahat kerana tumbangkan kerajaan PH melalui langkah Sheraton? Puncanya, dia mahu jadi Perdana Menteri,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Puad Zarkashi dalam hantaran di Facebook.

Puad berkata, begitu juga bekas Ketua Menteri, Idris Haron yang bersekongkol dengan PKR untuk menjatuhkan kerajaan Melaka kerana dijanjikan jawatan lamanya itu oleh PH, namun ia memakan diri apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

“Terbukti PKR dalang yang jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Melaka,” katanya.

Beliau mengulas amaran Muhyiddin semalam kepada veteran Umno, Shahrir Samad supaya tidak mencabarnya dengan “ancaman” mencetuskan pilihan raya negeri (PRN) di Johor.

Shahrir, yang juga bekas Ahli Parlimen Johor Bahru, mencabar Muhyiddin menarik sokongan kepada kerajaan Johor pimpinan Umno, langkah yang akan menyebabkan kerajaan negeri tumbang dan PRN diadakan.

“Saya tidak takut. Jangan cabar kerana saya boleh melakukannya esok,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Puad berkata, Muhyiddin perlu sedar kemungkinan Bersatu tidak mampu memenangi satu pun kerusi di Johor, jika PRN diadakan.

Dalam pada itu, Shahrir dalam kenyataan balasnya berkata, Muhyiddin juga perlu sedar Johor mempunyai perlembagaan dan pemerintah yang mempunyai suara dalam pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN.

“Pembubaran tidak berlaku dengan ‘tekan butang’ sahaja. Ada prosesnya dan ia tertakluk kepada proses di bawah perlembagaan yang melibatkan peranan Ketua Negara atau Ketua Negeri,” katanya di Facebook hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.