`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, April 19, 2022

Pasangan kekasih Nigeria didakwa edar kanabis

 

Tiada pengakuan direkodkan Majistret Nabihah Mohd Noor kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. (Gambar AP)

PETALING JAYA: Sepasang kekasih dari Nigeria dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka hari ini atas pertuduhan mengedar lebih 620 gram kanabis bulan lalu.

Harian Metro melaporkan Kebechi Thomas Nwankwu, 36, dan Happy Akhidenor Aituaje, 31, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan Majistret Nabihah Mohd Noor kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mengedar dadah berbahaya kanabis dengan berat kasar 626.10 gram di Pangsapuri Bukit Beruang Bestari, Taman Bukit Beruang Bestari, Ayer Keroh di Melaka kira-kira 5.30 pagi 24 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ehsan Nasarudin, manakala peguam Norfazlinda Alimad menyebut bagi pihak peguam bela, Renalyn Rivera yang mewakili Kebechi. Happy tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 24 Mei ini untuk mendapatkan laporan kimia berat sebenar dadah.

Sebelum ini, Harian Metro melaporkan polis menahan enam ahli sindiket Love Scam, Parcel Scam dan pengedaran dadah yang didalangi warga Nigeria menyamar sebagai profesor sebuah institusi pengajian tinggi swasta di Melaka.

Semua suspek itu, termasuk dua wanita ditahan dalam serbuan ke atas tiga unit pangsapuri di Taman Bukit Beruang dan sebuah rumah di Taman Bukit Melaka, Ayer Keroh. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.