`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 29, 2022

9 rumah sewa musnah terbakar di Dengkil

 

Kemusnahan keseluruhan akibat kebakaran itu dianggarkan 90%, namun tidak melibatkan mangsa, kata Pengarah JBPM Selangor Norazam Khamis. (Gambar Bomba)

DENGKIL: Deretan sembilan premis rumah sewa satu tingkat musnah hampir 90% dalam kebakaran di Kampung Jenderam Hilir di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pasukan bomba menerima panggilan kecemasan pada 9.52 malam dan anggota tiba di lokasi pada 10 malam.

Kebakaran berjaya dipadamkan sejam kemudian.

“Anggaran kemusnahan keseluruhan adalah 90% dan tidak melibatkan mangsa. Punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, seramai 25 individu tinggal di rumah sewa berkenaan, iaitu 20 dewasa dan lima kanak-kanak, termasuk warga Indonesia dan Pakistan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.