`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, May 1, 2022

Kebanyakan mesin ATM kehabisan duit, warganet luah kecewa

 

Orang ramai mulai panik dan berharap keadaan ini kembali pulih ditambah pula masih ada lagi warga kota yang tidak pulang ke kampung halaman hari ini.

PETALING JAYA: Persediaan menyambut hari lebaran bagi warga kota sedikit terjejas apabila dikhabarkan wang di kebanyakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sudah kehabisan.

Rata-rata orang ramai meluahkan kekecewaan masalah itu di media sosial yang mana dilaporkan telah berlaku sejak Rabu lalu.

Kebanyakan orang ramai mula panik dan berharap keadaan ini kembali pulih ditambah pula masih ada lagi warga kota yang tidak pulang ke kampung halaman hari ini.

Pengguna media sosial yang dikenali sebagai Zabidi membuat hantaran di Twitter dan berkata:”Aku dah pergi beberapa ATM sejak semalam, tambahan yang dalam stesen minyak. Duit memang habis, duit tunai tak ada ni macam mana nak raya.

“Memang duit di mesin ATM kering, kalau pergi dekat bank pun kadang-kadang satu mesin ATM sahaja yang boleh digunakan.” katanya menurut laporan Kosmo.

“Itupun untuk periksa baki, kalau nak keluarkan duit memang tak boleh, betul-betul raya orang kali ni. Harapnya tak lama lah, kesian macam aku duduk Kuala Lumpur ni,” tulis Mad Zaid Ceroi.

Keadaan sama juga berlaku di Kuantan, Pahang apabila orang ramai berdepan masalah sama berikutan kebanyakan mesin ATM kehabisan wang.

Mohammad Faeez Harith dalam hantaran di Twitternya memaklumkan: “CIMB Kuantan, dua-dua cawangan dekat Masjid Negeri dengan Megamall tak ada duit dah dalam mesin ATM.

“Bagitau awal sebab baru pergi dua-dua tak sampai 10 minit lepas.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.