`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, October 2, 2022

DUN 3 negeri bubar atau tidak, PAS akan bincang semula, kata Idris

 

Idris Ahmad berkata, perbincangan itu perlu kerana Majlis Kerja Tertinggi Umno mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU15 diadakan tahun ini.

PETALING JAYA: PAS akan mengadakan perbincangan semula dalam masa terdekat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diterajuinya.

Naib Presidennya, Idris Ahmad berkata, perbincangan itu perlu diadakan selepas Majlis Kerja Tertinggi Umno yang bermesyuarat pada Jumaat lalu mahu Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat bagi membolehkan pilihan raya umum ke-15 diadakan tahun ini.

“Kalau setakat yang sebelum ini kita punya pendirian tidak bubarkan (DUN), tetapi mungkin akan ada perubahan-perubahan itu.

“Kita akan bincangkan dalam masa terdekat kerana keputusan ini parti yang tentukan, sama ada bubar serentak dengan Parlimen atau tidak,” katanya dipetik Bernama selepas merasmikan Majlis Penutup Ijtimak Pondok Se-Malaysia di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan di Bachok malam tadi.

Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan negeri yang diterajui PAS tidak akan membubarkan DUN masing-masing lebih awal daripada Mac 2023.

Mengenai resolusi Ijtimak Pondok Se-Malaysia yang mahu semua calon pilihan raya dalam kalangan individu bukan penyebar fahaman dan ajaran wahabi, Idris yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata, pandangan itu akan diperhalusi pucuk pimpinan.

“Pandangan dan cadangan itu, kami akan bawa kepada parti. Terserah kepada pimpinan putuskan nanti,” katanya.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.