`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 1, 2022

Umno Perlis tak gentar berdepan calon ‘mesin padi’, kata Shahidan

 

Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim, merujuk calon pilihan raya yang tampil apabila dekat pilihan raya seperti Radzi Syeikh Ahmad dan Azmi Khalid sebagai calon ‘mesin padi’. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim tidak gentar berdepan calon “mesin padi” seperti veteran politik, Radzi Sheikh Ahmad dan Azmi Khalid, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Radzi dan Azmi dikatakan akan ditampilkan sebagai calon Bersatu di Perlis.

Shahidan yang juga menteri wilayah persekutuan, juga memaklumkan kedua-dua bekas tokoh Umno itu juga sering berbeza pendapat dengannya sebelum ini.

““Masa dalam Umno dahulu pun, mereka (Radzi, Azmi) ini sering beza pendapat dengan saya. Insya-Allah kita akan menang dan kali ini, mereka di luar parti dan nak lawan kita kembali, kita akan menang.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Saya siap sedia untuk hadapi mereka dan saya ada pengalaman hadapi mereka. Rakyat Perlis pandai menilai siapa yang memberi perkhidmatan kepada mereka.

“Mereka ini, muncul masa nak bertanding sahaja dan kami langsung tidak bersetuju dengan calon ‘mesin padi’ (bermusim) seperti ini,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Selain dua Radzi dan Azmi, Bersatu Perlis juga dikatakan tidak menolak kemungkinan mengenengahkan calon veteran seperti bekas Ahli Parlimen Arau, Syed Razlan Putra Jamalullail, dalam PRU15.

Radzi, 80, yang juga bekas setiausaha agung Umno menguasai Parlimen Kangar pada PRU 1982, 1986, 2004 dan 2008.

Azmi, 82, yang juga bekas menteri sumber Asli dan alam sekitar pula menyandang Parlimen Padang Besar selama empat penggal berturut-turut dari 1995 hingga 2008.

Dalam pada itu, Shahidan yang juga ketua Umno bahagian Arau memberitahu, Umno bahagian itu telah mengemukakan senarai calon untuk dihantar kepada pusat membuat keputusan.

“Kita sudah bersedia berdepan PRU15 dan jentera di bahagian Arau juga sudah bersedia menghadapi pilihan raya dijangka pada bila-bila masa,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.