`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, February 26, 2023

Elaun pembantu tabika Kemas naik RM800 bulan depan, kata Zahid

 

Bayaran elaun saguhati kepada PPMS bermula pada 2011 iaitu sebanyak RM400, dinaikkan kepada RM500 sebulan pada 2017. (Gambar Bernama)

DUNGUN: Mulai bulan depan, elaun bagi Pembantu Pendidikan Masyarakat Sukarela (PPMS), Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah berkata, kenaikan elaun kepada 9,439 orang PPMS di seluruh negara itu melibatkan tambahan peruntukan sebanyak RM30 juta melalui Belanjawan 2023 yang dibentang Perdana Menteri Anwar Ibrahim, semalam.

“Kenaikan elaun ini adalah sebagai penghargaan kepada PPMS yang melaksanakan tugas seperti menyediakan keperluan makan minum, membantu memastikan aspek kebersihan premis dan memastikan keselamatan kanak-kanak dari semasa ke semasa,” katanya menurut Bernama.

Ads by Kiosked

Sebelum ini, bayaran elaun saguhati kepada PPMS bermula pada 2011 adalah sebanyak RM400 sebulan sebelum dinaikkan kepada RM500 sebulan pada 2017.

Sementara itu, Zahid berkata, beliau berharap Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memahami kerajaan sentiasa berusaha untuk memenuhi harapan dan permintaan mereka, di sebalik kekangan kewangan sedang dialami.

“(Bayaran) emolumen umpamanya dan wang pencen terpaksa dibayar, itu adalah kos tetap yang harus ditanggung kerajaan dan saya fikir, Cuepacs sebagai sebuah organisasi menjaga kepentingan penjawat awam tentunya memahami situasi ini.

“Pada hemat saya perdana menteri juga memberikan keperhatinan tinggi kepada permintaan penjawat awam termasuk bonus khusus RM700 dan RM350 kepada pesara untuk Aidilfitri ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.