`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 3, 2023

Senator cadang kerajaan perkenal semula GST

Sebelum ini perdana menteri berkata kerajaan kekal dengan pendirian tidak memperkenalkan kembali cukai GST buat masa ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menimbang memperkenalkan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST) dengan kadar munasabah bagi meluaskan pendapatan mampan dan komprehensif.

Langkah itu sekali gus akan dapat mengukuhkan pungutan hasil negara, kata Senator Low Kian Chuan, yang juga presiden Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM) semasa sesi perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2023 di Dewan Negara.

“ACCCIM menyokong sepenuhnya pengenalan semula GST. Kami mencadangkan penambahbaikan sistem bayaran balik dan penentuan nilai ambang tahunan ditetapkan pada paras munasabah.

Ads by Kiosked

“(Sebagai contoh) Katakan…RM1 juta dengan pendaftaran secara suka rela untuk memastikan perniagaan terutama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bebas GST,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kerajaan kekal dengan pendirian tidak memperkenalkan kembali cukai GST buat masa ini dan yakin hasil bakal dikutip dan penguatkuasaan kutipan yang cekap mampu menambah pendapatan negara.

Ini memandangkan pendapatan rakyat masih rendah berbanding negara lain yang mengguna pakai sistem GST seperti Singapura dan Kanada, katanya.

Sementara itu, Low juga menyarankan Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) dicadangkan merangkumi aspek kawalan liabiliti luar jangka yang ditanggung kerajaan.

Ini, katanya, bagi memastikan penyata kewangan kerajaan persekutuan berasaskan perakaunan terakru (accrue accounting) dan dapat memberi gambaran holistik serta tepat berasaskan kedudukan kewangan semasa negara. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.