`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Saturday, April 29, 2023

UniSHAMS tawar sambung pengajian kepada pelajar terkesan pergolakan di Sudan

 

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) berkata institusinya mempunyai lebih 30 tenaga pengajar antarabangsa dari Arab. (Gambar Facebook)

ALOR SETAR: Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) sedia menawarkan peluang menyambung pengajian kepada 18 pelajar Malaysia terkesan dengan pergolakan yang berlaku di Sudan.

Pejabat Naib Canselor UniSHAMS dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya juga menyediakan pembelajaran dalam bahasa Arab dan memiliki lebih 30 tenaga pengajar antarabangsa dari negara Arab.

“UniSHAMS merakamkan kesyukuran di atas kejayaan pihak Kementerian Luar yang berjaya melaksanakan pelan evakuasi rakyat Malaysia di Sudan dalam misi membawa pulang 30 rakyat Malaysia ke tanah air dengan selamat, semalam.

“UniSHAMS bersedia menawarkan peluang dan tawaran menyambung pengajian di UniSHAMS dalam bidang dan peringkat yang berkaitan dan ia tertakluk kepada perbincangan lanjut dan kelulusan pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT),” katanya.

Dalam kenyataan itu, UniSHAMS juga bersedia menawarkan pemindahan kredit maksimum dalam usaha untuk memastikan kesinambungan pengajian untuk semua 18 pelajar yang terjejas dapat ditangani dengan segera tertakluk kepada Peraturan Akademik UniSHAMS dan kelulusan KPT.

UniSHAMS menawarkan 42 program yang mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan diluluskan Jabatan Pengajian Tinggi (JPT) dalam pelbagai bidang dan peringkat pengajian bermula dari peringkat pengajian asasi, diploma, ijazah sarjana muda, diploma pasca siswazah, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.