`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 28, 2023

Hentikan komen berkait isu pengampunan Najib, gesa Zahid

 

Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau menyerahkan kuasa mutlak dan budi bicara Yang di-Pertuan Agong berhubung isu pengampunan Najib Razak.

PONTIAN: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menggesa semua pihak agar berhenti memberikan komen tidak sepatutnya berhubung isu pengampunan terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

“Kita serahkan kuasa mutlak ini kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi ini adalah budi bicara baginda dan saya tidak mengalukan-alukan mana-mana pendapat daripada mana-mana pertubuhan apatah lagi parti-parti politik yang bersahabat dengan kita yang memberikan komen yang tidak sepatutnya,” katanya.

Zahid, yang juga timbalan perdana menteri ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah Khalid Abdul Samad yang merayu agar permohonan pengampunan bekas presiden Umno itu ditolak.

Ads by Kiosked

Pada 9 April lepas, Zahid dilapor berkata, hasrat Umno mempersembah permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi pertimbangan pengampunan kepada Najib adalah mengikut prosedur perundangan sedia ada dan tiada desakan politik.

Dalam pada itu, Zahid yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyentuh mengenai rundingan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu.

Beliau berkata, perbincangan di peringkat negeri telah diadakan antara BN dengan Pakatan Harapan (PH).

“Kita tidak akan menggunakan pendekatan parti-parti politik dalam gabungan, parti komponen untuk mengadakan perbincangan secara berasingan maka sebarang perundingan hendaklah melibatkan dua parti gabungan iaitu BN dan PH.

“Semua keputusan di bawah perbincangan enam negeri ini akan dibawa ke peringkat tertinggi di mana kita akan terus membincangkan tentang kerusi sesuai ditandingi.

“Apabila kita mula mengadakan perbincangan ini, kita akan mencari jalan terbaik tentang keboleh kemenangan kerusi DUN di keenam-enam negeri,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.