`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 29, 2023

Samun bersenjata, lelaki positif dadah diberkas

 

Suspek berusia 32 tahun dicekup polis selepas disyaki melakukan samun bersenjata di sebuah stesen minyak di Alor Setar.

PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 32 tahun yang melakukan samun bersenjata di sebuah stesen minyak di Alor Setar pagi tadi berjaya diberkas.

Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata pihak berkuasa berjaya mengesan wajah dan nombor pendaftaran motosikal digunakan suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, polis turut merampas sebilah pisau, sebuah motosikal, dan pakaian digunakan suspek ketika melakukan samun.

Ads by Kiosked

Suspek kemudian dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai tiga rekod berkaitan jenayah dan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

Shukri ketika mengulas lanjut berkata suspek ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Jalan Langgar, 3.30 petang tadi.

Katanya, dalam kejadian 6.53 pagi tadi, suspek mengeluarkan sebilah pisau lalu mengarahkan seorang pekerja wanita menyerahkan wang, dan sekiranya enggan dia akan melarikan telefon bimbit milik wanita itu.

“Mangsa yang takut diapa-apakan bertindak menyerahkan wang RM1,000 yang berada dalam mesin wang lalu suspek beredar dengan menaiki sebuah motosikal,” katanya menurut Astro Awani. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.