PETALING JAYA: PAS Selangor mengesahkan nama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tiada dalam senarai calon parti itu pada PRN nanti.
Setiausahanya Roslan Shahir berkata pihaknya hanya menyenaraikan dan mempertimbangkan individu berasal dari Selangor sebagai calonnya.
Terdahulu, beliau dipetik berkata nama bekas menteri besar Perlis Shahidan Kassim yang juga Ahli Parlimen Arau juga tiada dalam senarai calon PAS untuk PRN Selangor.
“PAS Selangor sudah kenal pasti calon yang akan bertanding dalam PRN nanti, tetapi nama mereka (Shahidan dan Khairy) tidak dibincangkan,” katanya menurut Berita Harian.
Menurut Roslan, tiada perbincangan juga dilakukan berhubung perkara itu antara PAS dan Perikatan Nasional (PN).
Khairy yang juga bekas menteri kesihatan dipecat Umno pada 23 Jan lalu dan tewas di kerusi Parlimen Sungai Buloh pada PRU15.
Shahidan pula bertanding atas tiket PN selepas digugurkan sebagai calon Barisan Nasional pada pilihan raya umum itu. - FMT
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.