`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, April 30, 2023

Tiada aduan harga barang melampau sepanjang skim kawalan harga, kata menteri

 

Salahuddin Ayub berkata, rata-rata pengguna dan peniaga turut berpuas hati dengan skim kawalan harga itu.

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) tidak menerima sebarang aduan dan rungutan berhubung isu kenaikan harga barang melampau sepanjang Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Hari Raya Puasa (SHMMP) 2023 dilaksanakan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub, berkata hasil maklumat dan pemantauan pihak penguatkuasaan mendapati rata-rata pengguna, malah peniaga turut berpuas hati dengan skim harga itu.

“Setakat ini, tidak ada langsung aduan atau bantahan daripada pengguna berkenaan harga barang naik atau pelanggaran harga maksimum yang ditetapkan,” katanya menurut Bernama.

Salahuddin berkata, kerjasama KPDN dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, media serta agensi berkaitan telah membantu pihaknya membuat pemantauan harga dengan lebih efisien.

“Contohnya beberapa hari sebelum hari raya, media ada melaporkan bakal ada kekurangan telur di Kelantan dan Terengganu, pegawai saya turun padang untuk menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan, langsung berlaku lambakan telur di dua negeri itu.

“Jadi, tiada langsung masalah semasa musim perayaan ini, namun pemantauan dan kawalan terhadap harga barangan terutamanya barangan keperluan akan diteruskan,” katanya.

Pada 12 Apr, sebanyak 30 jenis barangan ditetapkan menerusi SHMMP 2023 yang bermula pada 15 Apr dan berakhir hari ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.