`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, April 6, 2023

MBPP pasang CCTV, elak insiden 29 anjing mati diracun berulang

 

Beberapa kakitangan dan ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengadakan pertemuan dengan penduduk perumahan Islands Glades bagi mendapatkan maklumat kejadian 29 anjing mati diracun. (pix Facebook MBPP)

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengenal pasti beberapa lokasi strategik di bandar raya itu untuk diletakkan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak insiden 29 anjing mati diracun berulang.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata, beberapa ahli majlis dan pegawai MBPP turun padang semalam menemui penduduk kawasan sekitar bagi mendapatkan gambaran sebenar apa yang berlaku terhadap anjing terbabit.

“MBPP juga akan membantu siasatan terhadap insiden itu dan akan memberi khidmat sokongan serta kerjasama penuh mengesan dan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang sehingga si pelaku tersebut berjaya didakwa berpandukan undang-undang,” katanya di Facebook.

Ads by Kiosked

MBPP berkata, sebelum ini 29 anjing dilaporkan mati di kawasan perumahan Island Glades, dipercayai termakan makanan yang dicampur racun.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab boleh didakwa mengikut Akta 772 yang memperuntukkan beberapa seksyen khusus bagi kesalahan berkaitan antaranya, Seksyen 29 untuk penganiayaan haiwan, Seksyen 30 (pembunuhan haiwan) dan Seksyen 31 (pemberian racun).

“Sabit kesalahan mereka boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 dan penjara hingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Sementara itu, Pengurus International Aid for the Protection and Welfare of Animals (IAPWA) Pulau Pinang, Choong Koon Yean, yang turut hadir pada sesi pertemuan, memaklumkan pihaknya menawarkan ganjaran RM5,000 kepada individu yang tampil menyalurkan maklumat tepat berhubung insiden lalu bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil.

Katanya, orang awam boleh menyalurkan maklumat atau aduan berhubung tindakan kejam dan penganiayaan terhadap haiwan (anjing atau kucing) menerusi saluran aduan rasmi MBPP. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.