`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, April 10, 2023

Tuduhan Muhyiddin sebenarnya tekanan politik halang pengampunan Najib, kata Puad

 

Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin Yassin sebenarnya yang melakukan tekanan politik bagi menghalang pengampunan diraja Najib Razak.

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Umno menafikan tindakan partinya meminta pengampunan diraja untuk bekas perdana menteri, Najib Razak bersifat tekanan politik seperti yang didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Puad Zarkashi berkata, Muhyiddin sebenarnya yang sedang melakukan tekanan politik bagi menghalang pengampunan diraja terhadap Najib.

Puad berkata, tidak wujud kepentingan politik pada memorandum Umno untuk meminta pengampunan itu kerana ia hanya menyerahkan kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

“Keputusan akhir adalah bidang kuasa Agong selepas berunding dengan Lembaga Pengampunan,” katanya dalam kenyataan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Dalam pada itu, Puad berkata sebelum ini Muhyiddin sering membuat tindakan yang menjurus kepada tekanan politik semasa PN memerintah.

Bagaimanapun katanya, Muhyiddin mengetahui Agong tidak akan tunduk pada tekanan politik.

“Muhyiddin yang guna tekanan politik untuk sambung tempoh darurat dan gantung Parlimen. Tetapi ia gagal dan ditolak.

“Muhyiddin juga beri tekanan politik kononnya dia cukup nombor untuk tubuh kerajaan selepas PRU15. Dia tolak kerajaan perpaduan. Tetapi Agong lebih bijaksana dan tidak tunduk kepada tekanan politik,” katanya.

Semalam, Muhyiddin menyifatkan keputusan MKT Umno memohon pengampunan diraja Najib bersifat desakan politik.

Muhyiddin bagaimanapun berkata terpulang kepada kebijaksanaan Lembaga Pengampunan untuk membuat keputusan.

Sebelum ini, MKT Umno sebulat suara bersetuju menghadap Agong bagi mempersembah permohonan memberi pertimbangan pengampunan diraja kepada Najib.

Setiausaha Agung Umno, Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, MKT juga akan mempersembahkan warkah rayuan kepada baginda beserta memorandum ditandatangani semua pimpinan Umno daripada 191 bahagiannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.