`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, May 8, 2023

Gambar diguna untuk pelaburan, MB Perlis lapor polis

 

Menteri Besar Perlis Shukri Ramli, berkata beliau membuat laporan polis kerana bimbang ada individu masih terpedaya walaupun sudah membuat penafian di laman sosial. (Gambar Bernama)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Shukri Ramli membuat laporan polis selepas mendakwa ada pihak tertentu menyalahgunakan gambarnya untuk mempromosi aktiviti pelaburan di Facebook dengan kadar pelaburan serendah RM300.

Beliau membuat laporan berkenaan di Balai Polis Kangar, kira-kira 5 petang tadi.

“Saya mula menyedari perkara ini pada 14 Apr lepas dan telah mengambil tindakan membuat hantaran penafian di laman sosial, namun perkara berkenaan dilihat masih berulang,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Ads by Kiosked

Shukri berkata, beliau juga tampil membuat laporan kerana bimbang jika terdapat individu khususnya pelajar universiti yang akan terpedaya dengan pelaburan itu.

Katanya, terdapat beberapa gambar kepimpinan PAS di Kedah turut diguna oleh pihak tidak bertanggungjawab di laman sama.

“Saya berharap orang ramai tidak mudah terpedaya (aktiviti pelaburan) sebaliknya membuat rujukan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu dan segera membuat laporan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dibuat yang antara lain menawarkan pelaburan patuh syariah.

“Menteri Besar membuat laporan polis kerana difitnah dan beliau tidak terlibat dalam aktiviti pelaburan tersebut,” katanya dan menambah pihaknya sedang meneliti kes tersebut sama ada disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Seksyen 500 Kanun Keseksaan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.