`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 22, 2023

Ebit saman Caprice, Mondy

 

Ebit Lew berkata peguamnya memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di mahkamah Shah Alam hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pendakwah Ebit Lew memfailkan saman fitnah terhadap penyanyi rap, Caprice dan pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto atas dakwaan melakukan gangguan seksual.

“Peguam saya, Akberdin telah memfailkan saman fitnah kepada Caprice dan Mondy di mahkamah Shah Alam tadi,” tulisnya dalam catatan di X.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata beberapa lagi individu akan dipanggil sebelum melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan rogol membabitkan Ebit.

Katanya, setakat ini pihaknya merakam keterangan 13 individu dan masih ada beberapa saksi untuk dipanggil.

“Lengkap sahaja kertas siasatan, kita akan serahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Semalam, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Mohd Shuhaily Mohd Zain, mengesahkan Ebit turut disiasat bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Beliau dilaporkan berkata, lima hari sebelum Ebit membuat laporan polis, pihaknya turut menerima satu laporan daripada seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol.

“Setakat ini polis memanggil 13 saksi berhubung kedua-dua laporan kes tersebut.

“Sebaik tiba di Malaysia, Ebit membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya yang dikeluarkan menerusi sebuah ‘podcast’ khas bertajuk ‘The Mondy Tattoo Interview’,” katanya.

Katanya, kes masih dalam siasatan bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Media pada Selasa lalu melaporkan polis merakam percakapan Caprice dan Mondy berhubung laporan dibuat Ebit.

Timbalan Ketua Polis Subang Jaya, Mohd Fairus Jaafar, dilaporkan berkata rakaman percakapan tersebut diambil di IPK Selangor bagi siasatan lanjut. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.