`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 7, 2023

Gara-gara pautan palsu, wanita mahu bayar saman RM50 rugi RM31,000

 

Mangsa tidak sedar pautan itu palsu sebelum dimaklumkan bank terdapat tiga pindahan wang dibuat menerusi akaunnya, kata polis.

PETALING JAYA: Seorang wanita yang cuba menyelesaikan saman trafik berjumlah RM50 mengalami kerugian RM31,638.85 apabila dia terpedaya dengan pautan emel palsu yang kononnya didakwa daripada pihak polis.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, berkata pada emel berkenaan, mangsa dikatakan mempunyai satu saman trafik dan diberikan satu pautan untuk tujuan semakan.

Katanya, melalui emel sama juga mangsa diberikan amaran supaya segera menjelaskan bayaran saman untuk mengelak tindakan lanjut diambil.

Ads by Kiosked

“Mangsa kemudian menekan pautan ‘go to page payment’ sebelum dibawa masuk ke laman MyBayar PDRM dan mengisi maklumat diperlukan untuk tujuan pembayaran sama.

“Ia termasuk butiran perbankan seperti kata nama, kata kunci dan nombor OTP ke dalam borang yang disediakan melalui pautan disediakan itu.

“Selepas butiran perbankan dimasukkan transaksi bayaran terbabit gagal dengan skrin laman sesawang palsu itu menyatakan nombor kod khidmat pesanan ringkas (SMS) diterima tidak sah,” katanya menurut Berita Harian.

Hussein Omar berkata mangsa tidak sedar bahawa pautan itu adalah palsu sebelum menerima panggilan daripada bank yang memaklumkan terdapat tiga pindahan wang dibuat menerusi akaunnya berjumlah RM31,638.85.

“Mangsa kemudian menyedari dirinya tertipu sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya.

Justeru, Hussein Omar menasihatkan orang ramai supaya tidak melayan sebarang emel seumpama itu untuk membayar saman. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.