`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, September 23, 2023

Pemandu treler rempuh mati 2 penunggang didakwa Isnin

 

Ketua Polis Putrajaya Asmadi Abdul Aziz, berkata pemandu treler akan didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PETALING JAYA: Pemandu treler terbabit dalam insiden rempuhan tular sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut akan didakwa di Mahkamah Majistret Putrajaya, Isnin ini.

Ketua Polis Putrajaya Asmadi Abdul Aziz, berkata pemandu berusia 29 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Reman dilanjutkan dua hari untuk OKT (Orang Kena Tuduh) terus dibawa ke mahkamah untuk pertuduhan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 20 Sept, pemandu treler yang terbabit dalam insiden rempuhan lebih sedozen kenderaan di KM5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong, Putrajaya direman empat hari.

Dalam kejadian pada 10.15 pagi itu, melibatkan 14 kenderaan termasuk sebuah motosikal polis trafik, lori treler berkenaan melanggar barisan kenderaan yang sedang berhenti di laluan terbabit.

Dua mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pekerja Pos Malaysia Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, pekerja di Mahkamah Ampang.

Terdahulu, Asmadi berkata, ketika kejadian anggota polis trafik sedang mengadakan latihan dan mengenal pasti laluan untuk kejohanan basikal Le Tour de Langkawi (LTdL). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.