`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 8, 2023

PESANAN KEPADA PENGUNDI PULAI DAN SIMPANG JERAM - BAGI HILANG DEPOSIT MEREKA

Esok 9hb September 2023 adalah hari pengundian di dua PRK ia itu  Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor.

Kepada pengundi di kedua kawasan itu saya ingin berpesan kepada Tuan-Tuan pengundi untuk mengalahkan parti Pakatan Harapan sehingga calon mereka hilang deposit sama sekali.

Ini adalah sangat penting bukan saja bagi kawasan Tuan-Tuan tetapi untuk masa depan seluruh negara kita.

Pentadbiran PH sejak sembilan bulan yang lalu adalah lembap, lesu, lintang pukang, huru hara dan tanpa mempunyai sebarang hala tuju yang berguna bagi kita rakyat marhaen atau orang biasa dalam negara ini. 

Setakat ini mereka hanya kekalkan kedudukan pemain politik, parti politik dan kumpulan elit yang rapat dengan mereka. Itu saja. 

Dan dangdut terbaru dalam negara kita adalah DNAA. Secara ringkas ahli politik yang terlepas daripada tuduhan di mahkamah apabila kes terhadap mereka ditarik balik oleh pendakwaraya. Itulah maksud DNAA. Kes ditarik balik oleh pendakwaraya.

  • Bagi orang biasa pula kita pernah melihat kes bapa kepada enam orang anak yang dipenjarakan selama enam bulan atas kesalahan mencuri beras dan barang makanan daripada supermarket. 
  • Atau ibu kepada empat orang anak yang dipenjarakan selama 14 bulan atas kesalahan mencuri dua paket Milo. 
  • Atau anak muda penganggur yang curi RM22 duit tabung masjid berdepan 10 tahun penjara.

Mereka semua tidak mendapat DNAA kerana mereka tidak sakau duit yang cukup untuk  bayar upah berjuta Ringgit peguambela yang boleh berhujah seperti belut dalam selut di depan mahkamah.  

Masyarakat kita sudah berkasta - kasta tinggi adalah mereka yang sakau duit kepunyaan kasta rendah. Dan lazimnya mereka yang terlibat adalah ahli politik.

Maka sudah tiba masa sekali lagi bagi kita sebagai pengundi dan penentu nasib ahli politik yang sebenarnya menggunakan kuasa undi dan hak kita sebagai pengundi untuk tongsampahkan parti politik yang tidak ambil peduli terhadap masyarakat dan rakyat marhaen.

Kita perlu menunjukkan siapakah boss yang sebenarnya. Boss yang sebenarnya adalah Tuan-Tuan para pengundi.

Pastikan PH bukan saja akan ditongsampahkan tetapi calon mereka akan hilang deposit sekali. Selamat mengundi.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.