`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 7, 2023

Sabah perlu kebenaran Putrajaya untuk import beras, jelas pegawai kanan kementerian

 

Semalam, Jeffrey Kitingan mencadangkan monopoli beras yang ketika ini dipegang Bernas ditamatkan supaya Sabah boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu. (Gambar Bernama)

SERDANG: Sabah memerlukan kebenaran kerajaan persekutuan untuk mengurus sendiri import beras bagi negeri itu, kerana kerana ia tertakluk pada Akta Kawalan Padi dan Beras (Akta 522), menurut seorang pegawai kanan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Mafi).

Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Azman Mahmood dari Bahagian Pembangunan Industri Padi menjelaskan Akta 522 itu melantik Padiberas Nasional Berhad (Bernas) untuk mengurus import beras, bagi mengisi keperluan negara yang belum mencapai tahap sara diri penuh bagi beras.

“Bawah akta itu, semua padi dan beras negara termasuk Sabah dan Sarawak bawah kuasa kerajaan persekutuan,” katanya kepada FMT, ekoran perhatian yang tertuju pada Bernas susulan kenyataan timbalan ketua menteri Sabah.

“Sekarang ini mereka mempunyai pandangan yang mereka nak uruskan sendiri tapi tertakluk di bawah akta. Maksudnya tidak boleh kecuali kerajaan persekutuan bersetuju memberi kebenaran.”

Semalam, Jeffrey Kitingan mencadangkan monopoli beras yang ketika ini dipegang Bernas ditamatkan supaya Sabah boleh mengimport sendiri bahan makanan ruji itu.

Beliau percaya langkah itu akan membawa kepada bekalan beras yang lebih stabil dan “mungkin” harga yang lebih rendah kepada pengguna Sabah. Kitingan mengajukan cadangan itu berikutan kebimbangan mengenai jangkaan peningkatan harga beras putih import.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Chan Foong Hin berkata Sabah masih bergantung kepada bekalan beras import berikutan tahap sara diri pengeluaran beras tempatan hanya mampu menampung 22.8% keperluan negeri itu.

Ditanya mengenai kenaikan harga beras import di Sabah, Azman menjelaskan harga beras import tidak dikawal oleh kerajaan. “Kenaikan ikut harga pasaran di Sabah dan Sarawak.”

Mengulas lanjut tentang peranan Bernas, Azman menjelaskan kerajaan melantik Bernas untuk mengurus import beras selama 10 tahun sehingga 2031. “Itu keputusan Jemaah Menteri.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.