`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 7, 2023

Kemajuan LCS: Mindef sedia beri kerjasama kepada PAC

 

Pengerusi PAC Mas Ermieyati Samsudin sebelum ini berkata pihaknya akan memanggil Mindef bagi mendapatkan penjelasan berhubung kemajuan projek pembinaan LCS bagi Jun hingga September ini.

KAJANG: Kementerian Pertahanan (Mindef) sedia memberi kerjasama kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung kemajuan projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS).

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari, berkata kementeriannya sentiasa bersedia dan komited memberi kerjasama berhubung maklumat projek LCS, sama ada di Parlimen atau melalui PAC.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan aktiviti Cakna Sains, Teknologi dan Inovasi (ST&I) Pertahanan bagi Program Membudayakan Penyelidikan dan Pembangunan Pertahanan di sekolah, di sini.

Pengerusi PAC, Mas Ermieyati Samsudin, sebelum ini berkata pihaknya akan memanggil Mindef bagi mendapatkan penjelasan berhubung kemajuan projek pembinaan LCS bagi Jun hingga September ini.

Mengenai aktiviti Cakna ST&I Pertahanan anjuran Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride), Adly berkata, ia bertujuan memperkenal dan menggalakkan penglibatan pelajar dalam sains dan teknologi, khususnya aktiviti penyelidikan pertahanan.

Katanya, program itu selaras Kertas Putih Pertahanan yang menzahirkan iltizam kerajaan memperkasakan dasar sains, teknologi dan industri pertahanan dengan merangsang serta menyemarakkan budaya penyelidikan dan inovasi, termasuk dalam kalangan pelajar sekolah menengah.

“Stride juga menganjurkan Pertandingan Inovasi Pertahanan bertemakan Tentera Masa Hadapan bagi mencungkil bakat pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir aras tinggi untuk hasilkan projek berimpak tinggi.”

Sebanyak 47 sekolah di seluruh negara menyertai Pertandingan Inovasi Pertahanan bertemakan Tentera Masa Hadapan itu mulai 24 Mei lalu dan pertandingan akhir bakal diadakan di Melaka International Trade Centre pada 9 Nov ini. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.