`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, September 13, 2023

Tembak rakan disangka moyet, polis tahan warga emas

 

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata semakan juga mendapati warga emas berusia 69 tahun itu tidak memiliki permit serta lesen senjata api. (Gambar PDRM)

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas secara tidak sengaja menembak rakannya yang disangka monyet mencuri buah manggis dalam satu kejadian di Kerteh, Terengganu semalam.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, mangsa yang berusia 54 tahun cedera di bahagian tangan akibat terkena peluru yang dilepaskan suspek.

Ketua Polis Kemaman, Hanyan Ramlan berkata ketika kejadian mangsa dikatakan memanjat pokok manggis di kebun miliknya.

Katanya, pada masa yang sama, rakannya yang berusia 69 tahun dan membawa senapang patah turut datang ke kebun tersebut.

“Apabila melihat keadaan pokok yang bergoyang, suspek menyangka ada sekawan monyet di atas pokok itu dan melepaskan tembakan.

“Menyedari rakannya terkena tembakan, mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman untuk menerima rawatan,” katanya.

Katanya, mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian tangan dibenarkan pulang pada hari yang sama selepas menerima rawatan.

“Susulan kejadian itu polis menahan suspek dan merampas senapang patah yang digunakan dalam kejadian itu untuk tindakan lanjut.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai permit serta lesen memiliki senjata api dan polis sedang mengenal pasti pemilik sebenar senapang terbabit,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 dan Seksyen 37 Akta Senjata Api 1990. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.