`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 2, 2023

Tindakan senarai hitam Amira Aisya ikut undang-undang, proses teratur, kata JPPM

 

Dilaporkan semalam bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos membenarkan permohonan Amira Aisya Abd Aziz untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap JPPM.

PETALING JAYA: Penyenaraian hitam Timbalan Presiden Muda Amira Aisya Abd Aziz daripada memegang jawatan dalam pertubuhan berdaftar dibuat berpandukan proses siasatan dan undang-undang teratur, kata Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Menurut JPPM, tindakan itu dibuat berdasarkan pada kuasa yang termaktub baginya dalam Akta Pertubuhan 1966.

“JPPM ingin menjelaskan bahawa tindakan yang dikeluarkan ke atas (Amira Aisya) dalah berikutan pembatalan pendaftaran Persatuan Ekonomi Merdeka (PEM) melalui notis yang dikeluarkan bawah Seksyen 13(1)(c)(iv) (Akta Pertubuhan) pada 28 Okt 2022.

Ads by Kiosked

“Tindakan tersebut juga mengikat (Amira Aisya) bawah Seksyen 49 dalam akta yang sama,” menurut jabatan itu dalam kenyataan.

Dilaporkan semalam bahawa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 17 Ogos membenarkan permohonan Amira Aisya untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap JPPM, selepas tidak mendapat bantahan daripada peguam negara.

Amira, yang juga Adun Puteri Wangsa di Johor, meminta mahkamah membatalkan keputusan JPPM menyenarai hitam dirinya dan mengeluarkan deklarasi bahawa Akta Pertubuhan tidak memberi badan kawal selia itu kuasa menghalang sesiapa daripada memegang jawatan.

Katanya, penyenaraian hitam itu, yang tidak mempunyai asas undang-undang, mungkin ada kaitan dengan peranannya sebagai setiausaha Persatuan Ekonomi Merdeka antara 3 Ogos 2017 dan 19 Okt tahun lepas.

Beliau berkata, pada 19 Okt tahun lepas, JPPM membatalkan pendaftaran PEM atas saranan Jabatan Insolvensi, dan mengarahkan beliau dan ahli jawatankuasa lain menyerahkan dokumen mengenai persatuan itu.

Mereka memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Insolvensi cawangan Selangor, katanya, walaupun tidak bersetuju dengan pembatalan pendaftaran PEM.

Ads by Kiosked

Amira Aisya mendakwa penyenaraian hitam itu melanggar hak asasinya untuk menubuhkan persatuan seperti yang dijamin bawah Perlembagaan Persekutuan, selain tidak munasabah dan berdasarkan pertimbangan tidak relevan.

Pengurusan kes ditetapkan pada 14 Sept, menurut Peguam Kanan Persekutuan Ahmad Hanir Hambaly. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.