`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, September 1, 2023

Titik berat agama bukan buang dunia, PAS bidas Nur Jazlan

 

Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussain berkata Ketua Umno Pulai Nur Jazlan Mohamed sering membuat kenyataan provokatif terhadap parti itu.

PETALING JAYA: Rakyat Johor tidak harus termakan tuduhan konon PAS membawa kemunduran dalam pentadbiran sedangkan parti itu tidak pernah melupakan kemajuan, kata pemimpinnya Abdullah Hussain.

Pesuruhjaya PAS Johor menegaskan, dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Nur Jazlan Mohamed tidak berasas kerana parti tersebut hanya menitikberatkan kepentingan agama dan tidak menghalang keperluan duniawi.

Katanya, malah anggota pentadbiran negeri ditadbir PAS seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis terdiri semua golongan termasuk ulama, “lebai” dan teknokrat tanpa meminggirkan golongan profesional.

Ads by Kiosked

“Memang kita titik beratkan agama tapi agama tak halang kemajuan dunia, kita ada tempat rujuk, kemajuan seperti di Kelantan, Terengganu, dan Kedah. Kelantan, walaupun sederhana tapi beri ruang kepada rakyat boleh hidup baik, Melayu berniaga, rakyat minoriti bukan Islam dapat hidup dengan baik. Itu semua kemajuan.

“Kita memerintah sebagaimana Kelantan, Terengganu adalah gabungan ulama, profesional, teknokrat, pakar ada. Tengoklah barisan exco Kelantan, Terengganu, kalau Johor begitulah…bukan sahaja ulama, ustaz atau lebai sahaja, kita campur kepakaran,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, gabung jalin kepakaran itu menyaksikan kejayaan kerajaan PAS ditadbir Menteri Besar Terengganu Ahmad Samsuri Mokhtar menang semua kerusi DUN pada PRN lalu.

“Maksudnya yang kita tengok di Kedah pelaburan tinggi masuk, itu menggambarkan kemajuan. Macam di Terengganu manifesto untuk kebaikan rakyat, kemajuan negeri, semua janji manifesto kerajaan negeri Samsuri dapat tunaikan. Itu yang pencapaian 32-0.

“Setelah melihat kemajuan, janji manifesto dapat dilaksanakan, itu menggambarkan contoh kemajuan negeri yang PAS tadbir. Kalau di Johor pun yang PAS tadbir akan gabung semua golongan yang ada dalam PAS,” katanya.

Bekas Adun Puteri Wangsa itu berkata, PAS menolak tanggapan negatif Nur Jazlan, yang juga ketua Umno Pulai, kerana menurutnya sering membuat kenyataan provokatif terhadap parti itu.

Ads by Kiosked

“Kita menolak anggapan Nur Jazlan dan kita rasa tak patutlah dia melemparkan pandangan negatif begitu seolah-olah sangat memandang rendah kepada PAS.

“Nur Jazlan dari dulu banyak buat provokasi. Sepatutnya setelah melihat Umno ketinggalan, dalam pilihan raya kalah teruk. Nur Jazlan dah tiba masa kena muhasabah diri, termasuk muhasabah Umno…ahli Umno sebahagiannya tidaklah memandang rendah pada PAS sebagaimana Nur Jazlan,” katanya.

Dalam hantaran di Facebooknya hari ini, Nur Jazlan berkata Johor akan mundur dari semua segi termasuk agama sekiranya mengikut corak pentadbiran Islam ala PAS yang menurutnya ibarat “kerajaan Iran dan Taliban”.

“Disebabkan itu, adalah sukar untuk rakyat Johor menerima budaya Islam ala PAS untuk meresap masuk ke dalam masyarakat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.