`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 28, 2023

‘Dilantik menteri hanya khabar angin’, kata Saravanan

 

Timbalan Presiden MIC M Saravanan berkata parti itu menyokong kerajaan Anwar Ibrahim tanpa ugutan dan paksaan.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden MIC M Saravanan menyifatkan dakwaan beliau bakal dilantik menteri dalam rombakan Kabinet hanya bersifat khabar angin.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah turut menegaskan Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak seharusnya diberi tekanan untuk membuat keputusan.

“PMX tak pernah bincang (mengenai rombakan Kabinet), setakat ini, kita anggap sebagai khabar anginlah,” katanya menurut Astro Awani ketika ditemui media selepas Konvensyen MIC Perak di Ipoh.

Awal bulan ini, FMT melaporkan Saravanan diuar-uarkan akan kembali menganggotai Kabinet dalam rombakan Jemaah Menteri yang bakal dibuat Anwar.

Beliau pernah menjadi menteri sumber manusia di era pentadbiran Muhyiddin Yassin dan Ismail Sabri Yaakob pada 2020 hingga 2022.

Selain untuk memantapkan lagi pentadbiran kerajaan, rombakan juga perlu dibuat untuk mengisi kekosongan jawatan menteri perdagangan dalam negeri dan kos sara hidup susulan kematian Salahuddin Ayub pada Julai.

Sementara itu, Saravanan berkata MIC juga akan kekal menyokong pentadbiran Anwar tanpa sebarang syarat untuk memastikan kestabilan politik negara.

“Saya dan Tan Sri (SA Vigneswaran, presiden MIC) telah pun menyatakan kepada perdana menteri, kita menyokong kerajaan PMX, tanpa sebarang ugutan, paksaan dan syarat,” katanya.

Pada Ogos lalu, Anwar bertemu dengan pemimpin dan ahli MIC untuk meredakan kegelisahan mereka mengenai kekurangan jawatan dalam kerajaan, sambil menggesa komponen Barisan Nasional (BN) itu “percayakannya”. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.