`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, January 27, 2024

Lagi insiden jalan berlubang, ragut nyawa budak 4 tahun

 

Seorang kanak-kanak maut dalam kemalangan membabitkan bas dan lori, susulan nahas awal melibatkan dua lori lain akibat elak jalan berlubang. (Gambar Polis)

PETALING JAYA: Seorang kanak-kanak maut apabila kereta dinaiki melanggar sebuah lori selepas dirempuh bas dari belakang, susulan nahas awal melibatkan dua lori lain akibat mengelak jalan berlubang.

Menurut polis, dalam kejadian berdekatan Kampung Paris Satu di Kinabatangan, Sabah pada 11.05 pagi tadi, rempuhan bas menyebabkan kereta yang dinaiki kanak=kanak perempuan berusia empat tahun itu melanggar belakang lori tiga tan, yang berhenti di hadapan kerana kemalangan dua lori berkenaan.

“Polis menahan pemandu bas akibat cuai memandu secara merbahaya sehingga menyebabkan kematian dan permohonan reman akan dilaksanakan,” kata Ketua Polis Kinabatangan, Dzulbaharin Ismail, kepada Harian Metro.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan, iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Polis berkata mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di badan. Pemandu keretanya mengalami cedera ringan manakala pemandu bas serta konduktor dan 29 penumpang tidak cedera.

Pada 13 Jan, seorang pemandu lori sampah maut selepas kenderaannya terbabas lalu terbalik dalam nahas di Kampung Sentosa Jaya, Kinabatangan, dipercayai cuba mengelak lubang. -FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.