`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, January 30, 2024

Dakwaan warga Australia bayar RM100 untuk elak saman disiasat

Tangkap layar video seorang pelancong dari Australia tidak bertopi keledar ketika ditahan polis di Langkawi.

PETALING JAYA: Polis sedang menyiasat dakwaan seorang warga Australia membayar RM100 bagi mengelak dibawa ke balai polis dan disaman, kerana tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

Ketua Polis Langkawi, Shariman Ashari, berkata polis sedang mengumpulkan maklumat mengenai butiran kejadian, selepas mengesan satu video tular semalam.

Menurut polis, video tersebut dimuatnaik ke YouTube pada 16 Nov tahun lepas.

“Polis tidak akan melindungi mana-mana individu yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di Facebook, dengan amaran tindakan tegas akan diambil.

Sementara itu, Berita Harian melaporkan video tular itu mengenai seorang pempengaruh media sosial dari Australia ditahan ketika menunggang motosikal di Langkawi kerana tidak memakai topi keledar.

Sebelum ini, dalam perkembangan lain, tiga anggota polis trafik IPK Perak direman kerana didakwa menawarkan diskaun saman, melibatkan warga United Kingdom.

Anggota berkenaan dipercayai terbabit dalam video tular pada Ahad lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan, Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.