`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, March 12, 2024

Tiada maklumat Jaffer terlibat dengan rakyat Malaysia edar dadah

 

Pengarah JSJN Khaw Kok Chin berkata pihaknya akan terus menjalankan risikan lanjut. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata tiada maklumat ketika ini tentang penglibatan seorang rakyat India yang ditahan baru-baru ini dengan rakyat Malaysia dalam aktiviti pengedaran dadah di negara ini.

Pengarah Khaw Kok Chin berkata risikan mendapati dakwaan portal berita yang melaporkan kaitan itu adalah tidak tepat.

“Risikan JSJN setakat ini mendapati dakwaan portal tersebut tidak tidak tepat kerana tiada sebarang maklumat tentang penglibatan Jaffer Sadiq dengan mana-mana individu warganegara Malaysia dalam aktiviti dadah di Malaysia.

“JSJN akan terus menjalankan risikan lanjut berkaitan perkara ini dalam usaha mengekang aktiviti pengedaran dadah,” kata Khaw dalam kenyataan.

Jaffer ditahan oleh Biro Kawalan Narkotik India (NCB) di New Delhi pada Sabtu susulan rampasan pseudoephedrine sebanyak 50kg.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata polis sedang mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa India. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.