`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Tuesday, April 1, 2025

Kebakaran saluran gas: Kebarangkalian letupan susulan rendah

 

Free Malaysia Today
Bomba melaporkan 237 rumah terjejas susulan kebakaran saluran gas di Putra Heights.

KUALA LUMPUR
Kebarangkalian untuk berlaku letupan susulan akibat kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor adalah sangat rendah.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nor Hisham Mohammad, berkata ia disebabkan tiada aliran gas dikenal pasti petang tadi selepas penutupan empat injap utama di Kampung Lombong Puchong, Batu Tiga, Shah Alam dan Klang pagi tadi.

Perkembangan itu memudahkan pasukan penyiasat bomba untuk masuk bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Penduduk boleh masuk ke kediaman mereka dengan pemantauan pihak berkuasa untuk mengambil barang atau haiwan peliharaan, ketika ini tiada bekalan elektrik di sekitar di lokasi kejadian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Selain itu, Hisham berkata secara keseluruhan 237 rumah terjejas setakat ini dan jumlah mangsa yang terlibat adalah seramai 305 orang dengan kebanyakannya cedera akibat melecur serta tersedut haba panas.

“Sebanyak 88 unit bangunan melibatkan 78 unit rumah serta 10 unit rumah kedai terbakar antara 10% hingga 90% dan punca insiden terbabit masih dalam siasatan,” katanya.

Selain itu, Hisham berkata sebanyak 275 kereta dan 56 motosikal terbakar.

Seramai 35 anggota Pasukan Gerakan Am ditugaskan di lokasi kejadian bagi memantau keadaan dan memastikan tidak berlaku kejadian tidak diingini.

Hisham berkata kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya pada 3.45 petang dan seramai 325 anggota serta pegawai daripada 11 agensi terbabit dalam operasi pemadaman dan menyelamat.

“Kerja pembersihan dan pemeriksaan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam ini,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.