`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Wednesday, April 8, 2026

Penjawat awam, pengarah syarikat direman berkait rasuah RM500,000 minyak subsidi

 Kedua-dua suspek dipercayai memberi dan menerima wang rasuah secara tunai dan berperingkat.

sprm tahanan minyak
Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mendapatkan perintah reman pagi tadi.
PETALING JAYA:
 Seorang penjawat awam dan pengarah syarikat direman kerana disyaki memberi dan menerima rasuah kira-kira RM500,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan berkaitan kesalahan pengisytiharaan pembelian minyak subsidi.

Perintah reman empat hari hingga 11 April terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sumber berkata, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30 dan 40-an ditahan kira-kira 8.50 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

Katanya, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan itu sekitar April 2024.

“Kedua-dua suspek dipercayai memberi dan menerima wang rasuah secara tunai dan berperingkat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kanan (Kawalan dan Penyelarasan Operasi) Bahagian Siasatan SPRM, Yuhafiz Mohd Salleh, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.