Pengarah KPDN negeri S Jegan hanya Shell sahaja maklum berlaku gangguan bekalan sementara.

Pengarah KPDN Pulau Pinang S Jegan, berkata hanya satu syarikat minyak, iaitu Shell memaklumkan berlaku gangguan bekalan sementara berikutan kelewatan ketibaan kapal penghantaran berbanding jadual asal.
“Oleh yang demikian, pihak Shell sedang mengambil langkah sewajarnya untuk menangani isu ini.
“Hasil daripada mesyuarat juga mendapati stesen minyak jenama lain tidak mengalami sebarang masalah dan minyak masih boleh diperoleh dengan mudah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jegan berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima satu laporan melibatkan stesen minyak yang menghadapi masalah bekalan RON95, manakala lima stesen lagi terjejas dari segi bekalan diesel, dengan semuanya melibatkan stesen minyak jenama Shell.
Terdahulu, tular di media sosial beberapa stesen minyak di Pulau Pinang didakwa mengalami masalah bekalan bahan api, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.