`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, September 27, 2026

KPT teliti semula syarikat pegangan universiti termasuk UiTM Holdings

 Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir berkata langkah bagi memastikan syarikat pegangan universiti dapat berfungsi dengan lebih berkesan.

Zambry Abd Kadir
Zambry Abdul Kadir berkata satu pasukan turut diwujudkan untuk melihat secara menyeluruh usaha memperkasakan universiti termasuk aspek berkaitan syarikat pegangannya. (Gambar Facebook)
ASTANA:
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memulakan langkah meneliti dan menyusun semula syarikat pegangan universiti awam sejak tahun lepas, termasuk UiTM Holdings Sdn Bhd, kata Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata langkah itu diambil bagi memastikan syarikat pegangan universiti dapat berfungsi dengan lebih berkesan dan menyumbang kepada institusi masing-masing, khususnya selepas kerajaan tidak lagi menanggung sepenuhnya keperluan kewangan universiti sejak 2017.

“Kita telah meminta supaya dilihat keseluruhan holdings di universiti. Sejak tahun lepas, saya telah meminta supaya kita melihat bagaimana hendak merombak kembali kedudukan syarikat-syarikat pegangan yang ada di universiti.

“Apa yang kita dapati, ada juga holdings yang tidak berfungsi dengan begitu baik. Itu langkah pertama yang kita buat dan telah pun kita mulakan beberapa siri untuk melihat semula holdings itu, termasuk UiTM Holdings,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama di sini hari ini, bersempena dengan lawatan rasmi Forum Pendidikan Tinggi Malaysia–Asia Tengah 2026 (MAHEF2026) di Kazakhstan, ketika ditanya tentang tindakan susulan KPT selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim semalam meminta pengurusan dan tadbir urus UiTM Holdings diteliti susulan kerugian yang dialami syarikat berkenaan.

Zambry berkata terdapat syarikat pegangan universiti yang mencatat keuntungan dan ada yang mengalami kerugian, justeru model syarikat yang menunjukkan prestasi baik boleh dijadikan contoh kepada yang lain.

Berhubung UiTM, beliau berkata satu pasukan turut diwujudkan untuk melihat secara menyeluruh usaha memperkasakan universiti berkenaan, termasuk aspek berkaitan syarikat pegangannya.

Pasukan itu, katanya, melibatkan antaranya tokoh korporat Nungsari Ahmad Radhi dan Hamzah Kassim serta Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM Mohd Khamil Jamil dan bekas Menteri Pendidikan Tinggi Idris Jusoh.

“Kita wujudkan satu pasukan baharu untuk melihat secara keseluruhan bagaimana kita hendak melihat semula UiTM dan ini juga melibatkan holdings dan sebagainya.

“UiTM ialah sebuah institusi pendidikan tinggi bumiputera yang sangat penting, yang perlu kita jaga dan pertahankan supaya tidak berlaku elemen-elemen yang tidak baik di universiti itu,” katanya.

Zambry berkata langkah yang diumumkan perdana menteri semalam selari dengan usaha yang telah dilaksanakan KPT dan kementerian akan meneruskan penelitian berkenaan.

UiTM Holdings sebelum ini dilaporkan mencatat kerugian sebelum cukai terkumpul kira-kira RM157 juta bagi tahun kewangan 2017, 2018, 2019 dan 2021. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.