`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


16 SEPTEMBER 2026

Sunday, September 27, 2026

Pembahagian kerusi PH Melaka selesai, kata Adly

 Pengerusinya Adly Zahari bagaimanapun berkata ia akan dimuktamad selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari.

Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari berkata pembahagian kerusi kekal seperti yang dipersetujui di peringkat negeri, dengan Amanah diperuntukkan lapan kerusi. (Gambar Bernama)
MELAKA:
Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan pembahagian kerusi antara komponennya di peringkat negeri bagi menghadapi PRN sudah selesai.

Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari, berkata bagaimanapun susunan terakhir akan dimuktamadkan selepas perbincangan antara Majlis Presiden PH, PH negeri dan Pengarah Pilihan Raya PH Amirudin Shari.

“Apa-apa pun, kita tunggu minggu depan. Pembahagian itu sudah ada dalam perhatian Pengarah Pilihan Raya (Amirudin) sebelum kita bawa ke peringkat tertinggi gabungan untuk dimuktamadkan.

“Setakat ini, pembahagian kerusi dalam konteks PH adalah kekal seperti yang dipersetujui di peringkat negeri seperti (Parti) Amanah (Negara) diperuntukkan lapan kerusi,” katanya kepada pemberita selepas Ceramah Perdana PH di Bukit Baru di sini malam tadi.

Turut hadir Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu dan Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Melaka Adam Adli Abdul Halim.

Mengulas lanjut, Adly berkata keputusan berkaitan strategi menghadapi PRN Melaka juga akan diumumkan selepas selesai laporan pembahagian kerusi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.