`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, December 1, 2012

JTU SEMPORNA, JABATAN HAPRAK?



Oleh : SEMPORNA BROADCAST (SBC)


MUNGKIN tidak keterlaluan dan amat bertepatan sekali jika Jabatan Tanah dan Ukur Semporna diberi gelaran 'Jabatan Haprak' dan 'Pejabat Berpuaka' kerana gagal menyelesaikan isu tanah sejak zaman berzaman sekalipun kini mempunyai empat ADUN dan seorang Ahli Parlimen, dua daripadanya berjawatan Menteri Penuh.

Memandangkan isu tanah menjadi modal kempen pilihanraya; maka isu Perampasan Tanah, Pengambilan Tanah Adat, Pengambilan Tanah Sabah Port Authority, Tanah Reserve Bakau & Laut, Tanah Reserve Bukit, Tanah Anak Negeri & Tanah Adat, Tanah laut, Tanah Pulau dan bermacam-macam isu mengenai tanah di Semporna telah mula dikumandangkan oleh semua pihak termasuk ahli UMNO sendiri.
Sikap Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) yang bertindak ‘Ultra Vires’ dan jarang berada di Pejabat; serta langsung tidak ke Pejabat Tanah dan Ukur Semporna sejak sekian lama, memperlihatkan bahawa Jabatan Tanah dan Ukur Semporna memiliki Ketua Pentadbir yang tidak bertanggungjawab.

PPHT hanya berurusan dengan golongan kapitalis menjadikan dirinya talibarut kepada penyangak-penyangak Tanah di kawasan Semporna yang menyebabkan kelemahan ini berlaku dan berterusan sejak dari dahulu sehingga ke hari ini.

Sebagai NGO Bebas, kami ingin membuat laporan khas mengenai Jabatan Tanah dan Ukur Semporna (JTU) dari sudut pengurusan, pentadbiran, infrastruktur dan kemudahan Pejabat Pentadbiran Tanah berkenaan yang kami lihat sangat serius dan sedang menghadapi masalah dalaman dan prasarana pejabat yang amat menjijikkan di mata awam dan pihak pelancong secara berterusan, usang dan tidak terurus dengan wajar seperti mana pejabat Pertadbiran kerajaan yang lain di negara ini.

Pepatah mengatakan ‘Rumahku Syurgaku’ adalah membayangkan bahawa di mana kita berada, kita haruslah berasa selesa, bahagia dan boleh duduk dalam keadaan aman, tenang dan gembira tanpa tekanan kerja atau keadaan sekeliling.

Namun apabila kami membuat lawatan mengejut kelmarin, 29 November 2012 ke Pejabat Tanah dan Ukur Semporna pihak kami amat berasa sedih dan sangat terkejut dengan situasi yang prasarana yang ada di Pejabat Tanah dan Ukur Semporna, seolah-olah 'Rumah Puaka' yang tidak berpenghuni.

Apakah Pengarah Tanah dan Ukur, Datuk Osman Jamal tidak melihat kekurangan ini? Apakah beliau terlalu malas untuk meninggal bilik hawa dingin dan kerusi empuknya untuk melihat sendiri kebajikan pekerjanya?

Atau Osman Jamal hanya mengambil jalan mudah dengan hanya mendengar laporan PPHT Semporna yang banyak berbohong mengenai masalah tanah, masalah kakitangan bawahannya kepada pihak atasan; sekadar melepas batuk di tangga.

Kebodohan Osman Jamal begitu terserlah kerana hampir membuat satu tindakan bodoh lagi bahlul menerima fitnah yang dibuat terhadap kakitangan bawahan yang tidak berdosa dengan mengeluarkan perintah 'TUKAR 24 JAM' tanpa usul periksa atau peluang membela diri; semata-mata kerana dikuasai hawa nafsu dan merasa diri berkuasa.

Namun Osman Jamal lupa peribahasa Tausug yang berbunyi; "Ayaw kau Mag Good-Good, aun pah Good". Mungkin perkara ini boleh membantu Osman Jamal membuka matanya seluas-seluas dan kalau masih ada 'kemaluan' atau rasa malu serta bertanggung jawab terhadap kerja dan kakitangan awam serta penduduk awam, maka silalah ambil tindakan wajar atau lebih baik bersara awal.

Mengikut sejarah Pejabat Tanah & Ukur Semporna sebelum ini adalah pejabat rasmi kerajaan yang digunakan sebagai Pejabat Daerah dan Pentabiran Daerah kawasan itu yang termasuk dalam Dun Senalang dan diwakili Oleh Datuk Nasir Tun Sakaran dan Parlimen Semporna yang diwakili oleh Naib Presiden UMNO Malaysia, Datuk Shafie Afdal; apatah lagi kedua-dua wakil rakyat ini berkedudukan Menteri penuh sejak berpuluh tahun dahulu sehingga sekarang.

Namun kedudukan kedua-dua Menteri penuh bagi dua wakil rakyat dari UMNO ini nampaknya tidak mampu untuk mempertingkatkan keselesaan pejabat pentadbiran kerajaan dan keselesaan orang awam untuk berurusan dengan sewajarnya walaupun pada hakikatnya mereka mempunyai rumah besar bernilai berpuluh juta ringgit untuk mereka jadikan 'Rumahku, Syurgaku'.

Mereka nampaknya hanya boleh menyediakan rumah sendiri untuk mereka jadikan 'Rumahku, Gundikku dan Syurgaku' dan gagal menyediakan 'Rumah Rakyat' dijadikan 'Syurga Awam' sehingga mengakibatkan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna umpama Pejabat Puaka Rakyat.

Pejabat Puaka JTU Semporna tersangat kotor, berbau busuk, bau kencing kucing, berlubang dan siling bocor, dinding berkurap, pendingin hawa zaman purba, tandas awam kelas kambing, jalan masuk ke pejabat JTU seperti kolam ikan air tawar, landskap seperti hutan belukar atau kawasan ternakan ular sawa, ruang tamu menunggu seperti kerusi bergilir masuk ke tandas dalam filem P.Ramlee.

Manakala fail permohonan tanah orang awam bersepah-sepah seperti sampah sarap; tangga berbau kencing kucing, papan kenyataan berkurap dan kotor, pendawaian letrik yang tidak selamat dan setiap kali hujan elektrik selalu mati; mungkin antara punca yang menyebabkan kebakaran pejabat berkenaan beberapa tahun yang lalu.

Sistem keselamatan yang longgar telah menyebabkan pejabat ini boleh dimasuki pencuri beberapa kali. Walaupun laporan polis kerap kali dibuat, namun masalah ini berlarutan sehingga banyak fail-fail penting hilang dari bilik rasmi kerajaan, dikhuatiri dicuri oleh pihak tertentu untuk melupuskan bukti permohonan tanah sebelum pemohon baru mendaftar di atas tanah yang sama.

Kami telah merakamkan beberapa gambar sebagai bukti agar Perdana Menteri, Ketua Menteri Sabah, Menteri-Menteri Kabinet Persekutuan dan Negeri menilai kehebatan seorang Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur 'melempar najis' ke muka Perdana Menteri di ambang pilihanraya umum.

Pembaca boleh menilai sendiri betapa daifnya Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Semporna, 'Serambi Pelancongan Sabah' hasil tadbir urus dua menteri penuh dan wakil rakyat kaki ampu yang memuji Semporna sebagai maju, gemilang dan cemerlang tetapi selepas menyaksikan gambar-gambar ini, mungkin boleh dikategorikan dakwaan mereka sebagai 'temberang'.

MESRA ALAM....Inilah Pejabat Tanah dan Ukur Semporna yang terdapat di Pekan Semporna yang digunakan secara rasmi untuk menguruskan hal ehwal Tanah Adat dan Tanah Awam Semporna yang tidak memerlukan pewangi lavender kerana aroma bau najis kencing kucing harum semerbak setiap kali orang awam memasuki pejabat ini. Pegawai Daerah Semporna selaku PPHT dan Ex-Officio boleh mendapat anugerah 'Pegawai Daerah Mesra Alam' kerana membiarkan kucing berkeliaran, tanah berlumpur, lantai kotor, dinding berkurap dan bumbung berlubang bagi menyambut kunjungan orang awam yang ingin berurusan.

BERKURAP...... Peta Kurap yang terpampang di hadapan Pejabat Tanah dan Ukur Semporna. Siapa yang seharusnya membetulkan keadaan ini?

KOLAM....Mungkinkan JTU Semporna sedang menternak ikan Air Tawar di hadapan Pejabatnya apabila jalan masuknya mempunyai longkang dan lubang besar. Kanak- kanak Tadika boleh menjadikannya sebagai ‘Swimming Pool’ untuk mandi-manda jika tidak diperbaiki dengan segera.

JIJIK.....Tangga naik ke tingkat 1, JTU Semporna yang terpaksa dilalui orang awam dan pelancong sekalipun lantainya tidak pernah dibersihkan, hitam dan becak; ditambah dengan aroma najis dan kencing kucing, sesuai diletakkan papan tanda 'Tandas Kucing'.

USANG.....Betapa sukarnya rakyat Semporna yang ingin melihat laporan tanah atau Jadual 13 Tanah di Papan Kenyataan JTU Semporna yang terlalu usang seolah-olah papan kenyataan di kuburan.




KOTOR..... Tandas menunjukkan keperibadian penghuninya, Mungkinkah semua pegawai JTU Semporna kotor atau berperibadi kotor kerana menerima rasuah sehingga kebersihan tandas tidak terjaga atau mereka mengikut resam Kucing?


ANTIK.....Sistem penghawa dingin di JTU masih menggunakan barangan antik di Zaman ‘Kastila’ yang tidak lagi berfungsi sehingga pejabat ini seperti oven pembakar mayat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.