`

 



THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, December 30, 2012

Permintaan Hadi Awang dan Jawapan bodoh si Rais Yatim...



Presiden PAS  Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan diberi peluang memberi penjelasan mengenai amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM). 

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Abdul Hadi perlu memohon kepada kementerian mengenai saluran yang dipilihnya untuk memberi penjelasan itu. 

Pihak RTM boleh siarkan kenyataannya sekiranya kandungannya sesuai dan ada nilai berita.

Tetapi pada masa yang sama, Abdul Hadi perlu memberi peluang kepada pihak lain memberi pandangan mereka kerana amanatnya ini telah dibuat pada 1981,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan raptai sambutan Rumah Terbuka Malaysia Krismas dan sambutan Tahun Baru 2013 di Dataran Merdeka di sini, hari ini. Sambutan itu dijadual diadakan pada 31 Disember. 

Rais berkata pandangan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan mufti perlu diambil kira untuk mengetahui status amanat itu yang mengkafirkan Umno daripada sudut akidah. 

Presiden PAS itu hari ini berkata beliau sedia menjelaskan isu amanatnya pada 1981 sekiranya beliau diberi peluang untuk berbuat demikian menerusi siaran langsung di stesen televisyen tempatan.- malaysian insider 

Kalau nak kasi...kasilah. Buat siaran terus menerus tak perlu buat rakaman dan siarkan kenyataan yang telah diedit kemundian...

 Amanat: 'Beri ruang saya jawab live di TV1, TV3'...
PAS sedia menjawab segala polemik yang ditimbulkan dalam isu ‘Amanat Haji Hadi’ dengan syarat diberi peluang satu jam secara langsung melalui RTM oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. 

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan diberi peluang kepada beliau satu jam secara ‘live’ dalam RTM dan TV3 bagi menjelaskan isu amanat tersebut.

Malah, beliau turut menyatakan kesediaan merungkai permasalah isu ‘Amanat’ yang diucapkannya dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Manir pada tahun 1981.

“Saya minta beri peluang satu jam di saluran RTM, TV1 atau TV3 untuk saya jelaskan secara ‘live’, bukan rakaman.

“Jika saya bercakap di sini nanti akan diputarbelitkan dan satu kenyataan bertulis akan saya berikan. Sama ada saya tarik balik atau tidak ‘amanat’ itu, beri peluang saya bercakap satu jam secara langsung dahulu,” tegasnya selepas Majlis Pelancaran Petugas Muslimat PAS Marang PRU13 di Dewan Tok Guru, Rusila Marang, hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan media yang mahukan penjelasan beliau bahawa ‘Amanat’ pada tahun 1981 itu yang didakwa menjadi punca pecah belah dalam masyarakat umat Islam di negara ini.- harakahdaily


Rais - PAS president will be allowed to explain ‘Amanat Haji Hadi’ over RTM, but...

PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang will be allowed to provide an explanation over Radio Television Malaysia (RTM) on his “Amanat Haji Hadi” (Haji Hadi’s Message) delivered in 1981 branding Umno members and supporters as infidels, Information, Communications and Culture Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said today.

He said Abdul Hadi would have to apply to the ministry stating the choice of channel to give the explanation.

“RTM can broadcast his statement if the contents are suitable and have news value. 

However, at the same time, Abdul Hadi should allow others to give their views as well because his message was delivered in 1981,” he said.

Rais spoke to reporters after watching a rehearsal of the Malaysia Christmas and New Year 2013 celebration scheduled for Dec 31 at Dataran Merdeka, here.

Rais said the views of the Department of Islamic Development, Malaysia, (Jakim) and muftis should be taken into account to determine the status of the message in terms of the faith of Muslims following Abdul Hadi’s branding of Umno members and supporters as infidels.

Abdul Hadi had said earlier today that he was prepared to explain the message if he was given the opportunity to do so live over a local television station.-malaysian insider



cheers.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.