`

 



THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Sunday, December 30, 2012

BN PERLU TANGKIS TOHMAHAN PEMBANGKANG




BERUCAP...Abdul Rahman kelihatan sedang menyampaikan ceramahnya di majlis tersebut.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

USAHA bagi memastikan rakyat terutamanya di peringkat akar umbi tidak tertipu memandangkan dakyah dan tohmahan yang dilemparkan adalah tidak berasas sama sekali.

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata parti tidak pernah berdiam diri dalam menjawab segala pembohongan pembangkang malahan sentiasa turun padang untuk memberi penjelasan yang lebih konkrit terhadap setiap isu cuba mereka putarbelitkan.
Ini katanya, pembangkang masuk kawasan untuk berkempen dengan mengutarakan sesuatu isu yang berbeza-beza dan lebih malang lagi mereka memutar belitkan fakta seolah-olah kerajaan Barisan Nasional (BN) gagal dalam melaksanakan tanggung jawabnya.

"Banyak contoh yang kita boleh buktikan di mana pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan melempar pelbagai tuduhan tanpa usul periksa. Seperti isu 20 Perkara dan isu Borneosasi yang dibangkitkan pembangkang.

"Kita kena jawab balik kerana kalau tidak takut nanti rakyat keliru. Pembangkang ini tahu cakap saja. Oleh sebab itulah, kita dalam Umno bersama-sama dengan rakan komponen BN yang lain sentiasa turun padang bagi memberi penjelasan tepat supaya rakyat tidak terpengaruh.

"Apa yang kita bimbangkan ialah masa depan rakyat di negara ini amnya Sabah tertipu dengan segala pembohongan pembangkang itu," jelasnya sewaktu berucap pada Majlis Ceramah Isu Semasa Fakta Benar anjuran Umno Bahagian Sandakan di Kelab Rekreasi Indah Jaya, Batu 4, Jalan Utara, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Elopura, Au Kam Wah; Ketua Parti Liberal Demokratik (LDP) Karamunting, Lim Kai Ming; Ketua Wanita Gerakan Sabah, Lili Au; Setiausaha Umno Sandakan, Haji Hamdan Dikong; Ketua Penerangan, Abdul Hamid Sabal dan Ketua Puteri, Siti Haiba Majid.

Sehubungan dengan itu, Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud meminta rakan-rakan komponen BN di seluruh negeri ini mempergiatkan usaha memperkukuhkan jentera parti bagi memastikan kekuatan khususnya peringkat akar umbi tidak mudah digugat.

Tambahnya, pembangkang akan menggunakan bermacam bentuk cara untuk menggugat termasuk dengan melemparkan tuduhan-tuduhan yang tidak berasas semata-mata demi mempengaruhi rakyat.

Katanya, rakyat tidak perlu terpengaruh dengan apa jua tuduhan pembangkang kerana sudah terbukti ia hanya gimik politik kerana dilakukan tanpa usul periksa sedangkan BN terus bekerja keras membela nasib rakyat.

"Kita akan perbetulkan segala pembohongan pembangkang ini melalui usaha yang dilaksanakan jentera Penerangan di mana pendekatan itu digerakkan bersama rakan-rakan komponen BN dalam usaha menangkis dakwaan pembangkang.

"Majlis ceramah pada malam ini amat penting yang membolehkan pimpinan BN dapat memberi penjelasan kepada setiap pemimpin BN khususnya di peringkat akar umbi berhubung sikap pembangkang yang suka mengadu domba; padahal kerajaan hari ini benar-benar melaksanakan tanggungjawab bukan seperti diperkatakan.

"Sebenarnya, pembangkang silap. Jangan beranggapan bahawa mereka mampu mempengaruhi rakyat. Rakyat kini sudah matang dan tidak semudah untuk diperkotak-katikkan. Saya yakin usaha-usaha ini mampu memperkukuhkan lagi kekuatan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti," kata beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.