Monday, April 29, 2013
BERAPI!!! Tengku Adnan P125 Putrajaya Semakin Terdesak Sampai TIPU Pengundi Putrajaya? Ini Buktinya, Jom Terjah!!
Gagal menyaingi kehebatan calon PAS parlimen Putrajaya, Husam Musa yang semakin hari semakin gagah melangkah, calon Barisan Nasional (BN) yang terkenal dengan 'gedebenya', siapa lagi kalau bukan Adnan Mansor tergamak menipu pengundi di sana.
Dengan bermodalkan papan tanda gergasi yang dipasang di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan itu, Adnan dengan jelas menipu mempamerkan gambar bagaimana Bantuan Bujang 1Malaysia (BB1M) memanfaatkam golongan itu.
Tidak kisah dengan pandangan dan persepsi pengundi yang rata-ratanya berpendidikan, Adnan meletakkan gambar seorang 'bujang' yang kelihatan murung kerana kononnya masih belum berkahwin akibat kos hidup yang tinggi di mana sahaja yang dinamakan Malaysia.
Kononnya dengan BB1M yang diberikan BN kepada golongan bujang yang layak memohon bantuan berkenaan, gambar kanan pula menunjukkan 'orang bujang' tersebut telah pun berkahwin dengan 'pilihan hatinya' selepas kononnya bantuan itu telah dinikmati olehnya.
Tetapi yang menjadi isu adalah mengapa Adnan sanggup menipu pengundinya sendiri dengan meletakkan dua wajah 'orang bujang' yang berbeza sedangkan jika benar fakta yang didakwa Adnan, sepatutnya dia menunjukkan bukti sebenar dengan gambar tulen 'orang bujang' yang di sebelah kiri tersebut benar-benar sudah berkahwin.
Akan tetapi, gambar di sebelah kanan jelas menunjukkan bahawa 'orang bujang' yang berkahwin dengan seorang artis terkenal dari Kelantan, Neelofa tidak sama dengan 'orang bujang' di sebelah kiri.
Mengapa Adnan tergamak menghina intelektual pengundinya sendiri dengan bertindak sedemikian?
Apakah Adnan menyindir Husam yang kebetulan anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang ini dengan memaparkan wajah Neelofa atau nama sebenarnya Nor Neelofa Mohd Noor bagi menunjukkan bahawa rakyat Kelantan terpaksa menagih bantuan Umno yang dipropagandakan atas nama 1Malaysia?
Baru 15 minit gambar ini tersiar di laman sosial Facebook, kalangan pengunjung laman popular "Kami Benci Saiful Bukhari!" ini sudah mula dibanjiri dengan komen pedas terhadap tindakan Adnan yang dipercayai terlalu benci kepada rakyat Kelantan, terutamanya bekas menteri besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bertandang ke Putrajaya Jumaat lalu.
Ada di antara mereka seakan tidak percaya Adnan sanggup menipu demi meraih undi bagi mengekalkan kerusinya buat penggal ketiga berturut-turut.
Paling dikesalkan adalah ayat 'Bersyukurlah Kepada BN' sedangkan dalam Islam, syukur itu selayaknya hanya kepada Allah dan berterima kasih cuma untuk sesama manusia.
Ayat jelek penuh tipu daya ini juga mendapat perhatian laman Facebook berkenaan kerana BN seakan tuhan yang mesti diberi rasa syukur padahal segala bantuan yang diberikan kepada rakyat pun sebenarnya datang dari hasil cukai yang dipungut dari rakyat!
Politik merekrut tuhan yang diamalkan BN mesti dihentikan segera kerana ia akan merosakkan akidah dan pegangan agama selain terus membohongi rakyat dengan menanam candu di fikiran rakyat bahawa hanya BN saja yang boleh memberi rezeki di atas muka bumi ini.
Pastinya macai Umno yang membaca posting ini akan terus menuduh Pakatan Rakyat sudah ketandusan isu untuk diketengahkan sedangkan ia jelas melibatkan akidah dan pegangan umat Islam kerana hanya ALLAH SWT sahaja yang memberi rezeki kepada seluruh makhluk-Nya di dunia ini dan bukannya parti penuh rasuah seperti BN!
Benarlah kata-kata pujangga, pembohongan akan terus dilakukan untuk menutup pembohongan terdahulu, tetapi akhirnya kebenaran akan mengatasi kebatilan walau apa juga pembohongan dilakukan.
JALAN PULANG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.