`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, November 10, 2013

Tanah Kg Hakka telah dipindah milik kepada pemaju

Kita juga mendapat tahu bahawa pemaju mencagarkan tanah tersebut kepada sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman, kata PSM.
SEREMBAN – Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan menyangkal kenyataan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bahawa tanah Kampung Hakka di Mantin dijual kepada pemaju.
“Mohamad dalam laporan media baru-baru ini berkata bahawa tanah Kampung Hakka, Mantin dijual kepada pemaju.
“Walaubagaimanapun hasil carian kami di Pejabat Tanah Negeri Sembilan mendapati tanah Kampung Hakka, Mantin tidak dijual kepada pemaju Mega 9 Housing Sdn Bhd, sebaliknya dipindah hak milik oleh Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kepada Mega 9 Housing Sdn Bhd.
“Hasil siasatan kami mendapati rekod di Pejabat Tanah Negeri Sembilan menunjukkan urusan pindah hak milik dari MPN kepada Mega 9 didaftarkan pada tahun 2005 dan penyerahan pula pada Ogos 2011.
“Kita juga mendapat tahu bahawa pemaju mencagarkan tanah tersebut kepada sebuah bank untuk mendapatkan pinjaman,” jelas Arutchelvan.
Arutchelvan mempertikaikan bagaimana kenyataan Mohamad dalam media bercanggah dengan jawapan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 01 Oktober lalu.
“Ketika menjawab soalan lisan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J Arulkumar (DAP) dalam Persidangan DUN bulan lepas, Kerajaan Negeri Sembilan memaklumkan bahawa tanah Kampung Hakka tidak dijual kepada pemaju.
“Kerajaan Negeri Sembilan menafikan memiliki sebarang maklumat berkaitan jumlah nilai jualan tanah Kampung Hakka kerana proses jual beli tanah itu tidak pernah berlaku.
“Justeru itu memandangkan tanah Kampung Hakka, Mantin ini tidak dijual kepada pemaju maka sudah tentu Mohamad boleh melakukan sesuatu untuk membantu penduduk kampung ini. Kuasa ada ditangan beliau sebenarnya,” kata Arutchelvan.
Arutchelvan juga mempertikaikan dakwaan pemaju bahawa semasa kerja merobohkan rumah penduduk dilakukan, kesemua rumah tidak berpenghuni.
“Jika benarlah kenyataan pemaju, sudah tentu pemaju tidak memerlukan khidmat lebih 50 anggota keselamatan untuk membantu mengawal keadaan ketika kerja-kerja merobohkan rumah penduduk dilaksanakan pada 31 Oktober lepas.
“Kita minta pemaju tampil dan berdialog dengan penduduk atau wakil mereka yang sah.
“Sebelum rundingan diadakan, kedua-dua pihak perlu melantik orang tengah yang bersikap berkecuali.
“Kerja-kerja pembangunan dan pengusiran perlu dihentikan sehingga perbincangan diantara pemaju dan penduduk selesai,” ujar Arutchelvan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.