`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, January 25, 2014

Ada usaha untuk Melayu berbunuhan dengan Cina

Kalau Mandela menjadi salah seorang ikon dunia kerana berusaha menyatukan semua bangsa tanpa mengira warna kulit di negaranya untuk hidup bersama, ada pula segelintir rakyat kita yang mungkin nak jadi ikon dunia atas usaha untuk Melayu berbunuhan dengan Cina. Usaha untuk tidak dapat hidup bersama.

Usaha untuk Melayu berbunuhan dengan Cina ini menggunakan alasan, semua Melayu yang duduk di Malaysia ini mesti bersatu dan sama-sama meminggirkan kaum Cina atau sekurang-kurangnya mengajar kaum Cina.

Mengajar bangsa Cina agar sedar bahawa mereka hanyalah berstatus penumpang yang layak dihalau bila-bila masa keluar dari Malaysia jika buat silap dan tak reti berterima kasih.

Jika Mandela melakukan perkara yang sama dengan menyatukan semua bangsa Afrika berkulit Hitam dan menggembeleng tenaga untuk menghalau semua bangsa lain bukan Afrika keluar dari Afrika, beliau terpaksa turut sama menghalau orang India, Sikh, Orang Putih dan lain-lain bangsa lagi yang dah lama berhijrah ke sana.

Jika itulah yang Mandela lakukan, sudah pasti tidak ada sokongan yang besar yang dia dapat dan sudah pasti Mandela habiskan masa tuanya dalam penjara dan kematiannya tidak diambil perhatian oleh sesiapapun.

Contoh usaha untuk Melayu berbunuhan dengan Cina

Cuba lihat contoh yang saya ambil dari Facebook ini. Ini merupakan salah satu contoh daripada contoh-contoh lain yang banyak yang sentiasa menyiram minyak petrol kepada orang melayu agar berbunuhan dengan cina. Atau sekurang-kurangnya mengajar dan meminggirkan kaum Cina.
Melayu gaduh dengan Cina

Ini kata-kata semangat yang meniup api kemarahan dalam gambar di atas:
Mereka semamangnya biadap. Bangsa seperti ini tidak perlu lagi untuk diberi muka dan selayaknya mereka ini diajar. Tapi sayang selagi orang Melayu itu tidak bersatu semakin kuat lah Bangsa Cina Chauvinis ini akan menghina Melayu. Ingat matlamat kaum Cina Chauvinis ini: "Asal bukan Melayu" Sedarlah wahai bangsaku Melayu.
Saya sering melihat ayat-ayat membakar perasaan untuk menimbulkan kemarahan orang Melayu apabila berlaku apa saja permasalahan atau perbalahan yang melibatkan orang Melayu dengan Cina.

Semua kejadian yang melibatkan orang Melayu dengan Cina akan dilihat dari sudut bahawa orang Cina sengaja mahu mencabar orang melayu. Bila guru Cina suruh anak murid makan rumput, maka dikatakan Cina dah melampau nak hina Melayu.

Sedangkan ada banyak lagi penafsiran lain yang boleh dibuat selain daripada itu yang sudah semestinya lebih tepat dan tidak memburukkan lagi keadaan. Bukan tak ada guru Melayu yang menghukum anak Melayu, ada! tapi pandai pula ia dilihat sebagai salah guru itu sendiri kerana perbuatannya yang tidak sesuai.

Samada dia buat pada anak cina, anak India atau anak melayu, ianya tetap salah dan kesalahan itu jatuh kepada guru dan bukanlah bangsanya keseluruhannya.

Tapi malangnya ada ramai yang tidak mahu ambil pendekatan sebegitu...entah kenapa atau apa yang mereka mahu?

Sudah tentu mereka mahu mencetuskan huru-hara, naik menjadi hero dengan gigih dan bersemangat berusaha untuk Melayu berbunuhan dengan Cina.

Usaha untuk Melayu berbunuhan dengan Cina bukan jalan penyelesaian

Kebetulan saya baru saja mendengar kuliah sebelum jumaat semalam yang menghuraikan ayat Quran bagaimana orang Islam perlu melihat dirinya dan hubungannya dengan semua manusia.

Sebagai umat Islam, kita diajar untuk melihat manusia ini jauh melangkaui Bangsa, Negara, atau Zaman. Banyak ayat Quran yang memberikan mesej sebegitu. Dalam kuliah tersebut, Ustaz (Dr.) memberikan ayat kewajipan berpuasa yang difardukan pada umat Islam.

Dilanjutkan lagi dengan ayat sebagaimana yang telah difardukan pada umat yang terdahulu. Kenapa agaknya ada lanjutan sebegitu? kerana untuk menghubungkan kita, umat Nabi Muhammmad dengan umat-umat terdahulu. Bahawa kita adalah saling kait mengait walaupun berbeza zaman. Itu salah satu contoh.

Dalam Quran, kita diajar satu mesej jelas bahawa semua Nabi dan Rasul yang 25 orang itu adalah Nabi kita. Daripada Nabi Adam sehinggalah Nabi Muhammad kesemuanya Nabi kita. Kita tak boleh kata Isa itu Nabi orang Nasrani dan tidak juga boleh kita katakan Musa itu nabi orang Yahudi. Dan mereka bukan Nabi kita....salah tu!

Hakikatnya mereka semua Nabi kita, nabi untuk semua umat manusia, Nabi yang mengajak kepada Islam, Nabi orang Islam. Nabi yang Allah turunkan untuk umat manusia dengan syariat-syariat masing-masing yang sesuai dengan zamannya.

Jangan kita bezakan antara satu zaman dengan satu zaman dan menolak zaman selain daripada zaman kita atas rasa Fanatik, atas dasar zaman. Begitu juga jangan kita bezakan antara satu bangsa dengan bangsa lain atas dasar fanatik pada bangsa dan warna kulit.

Bangsa Cina berbeza dengan Bangsa Melayu bukan untuk kita saling berbunuhan

Kenapa Allah jadikan manusia berbeza zaman, berbeza bangsa, berbeza rupa dan lain-lain lagi perbezaan? apakah untuk yang berkulit sawo matang membunuh yang berkulit kuning langsat? adakah untuk yang putih kemerahan menjadikan yang hitam pekat sebagai buruh paksaan? adakah untuk yang satu lagi mengambil hak yang lain atau berlaku kejam pada yang lain atas nama bangsa?

Bukan untuk kita saling berbunuhan, tetapi untuk kita saling kenal mengenali dan menggunakan kelebihan masing-masing agar saling lengkap melengkapi. Jika orang bukan Islam tidak beranggapan sebegitu, mereka mungkin jahil atau tak faham. Mereka mungkin tak dapat maklumat mesej yang diberikan dalam Al-Quran. Iaitu kenapa Allah bezakan rupa bangsa manusia.

Lantas sebagai orang yang mengaku beragama Islam Yang sepatutnya tahu hikmah berlainan bangsa kenapa kita nak ikut pendekatan atau pemahaman orang yang tak tahu?????.

Kenapa orang Cina datang ke Malaysia?

Apakah kita sangka kejadian orang Cina di bawa British masuk ke Tanah Melayu tak ada kena mengena dengan urusan Allah?, apakah tidak ada hikmah orang Cina di bawa masuk ke tanah Melayu yang asalnya tak berapa ramai Cina?

Apakah Allah jadikan kedatangan mereka itu untuk disembelih olah kaum peribumi yang sentiasa mendabik dada sebagai pemelihara agama Islam di bumi Malaysia? Apakah dengan menyembeleh atau menghalau atau membuatkan orang Cina mengaku sebagai manusia kelas kedua di malaysia, bersesuai dengan agama yang orang melayu anuti?

Cuba baca dengan hati yang terbuka apakah patut kita berusaha keras dengan sentiasa update FB menghamburkan kata-kata pedas mengajak Melayu "ajar" orang Cina setiap kali ada sedikit kesilapan berlaku pada segelintir masyarakat Cina.

Apakah usaha untuk Melayu berbunuhan dengan Cina satu pendekatan terbaik untuk membina negara kita? anda boleh jawab isu panas ini pada ruang komen di bawah...!!! panas!!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.