Gosip atau cakap-cakap politik, barangkali ada kebenarannya, apatah lagi jika ia ditulis atau dibicarakan oleh individu yang memiliki hubungan rapat dengan ahli-ahli politik.
Tokoh wartawan, A Kadir Jasin, dalam tulisan di blognya pada 30 Disember lalu menimbulkan soalan ke mana perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor ketika sambutan tahun baru.
Dalam tulisannya, Kadir menulis- ketika orang ramai berhimpun di Dataran Merdeka bagi memprotes kenaikan harga barang dan kos sara hidup, Najib tiada di Malaysia untuk mendengar tuntutan mereka.
“Ketika penunjuk perasaan, menentang kerajaan, menuntut itu dan ini, mereka perlu tahu bahawa perdana menteri, Mohd Najib Abdul Razak, tiada di sini untuk mendengar tuntutan mereka secara langsung,” tulis Kadir diblognya, kadirjasin.blogspot.com.
Menurut Kadir, maklumat diperolehi menyatakan Najib berada di luar negara ketika perayaan Tahun Baru walaupun pada awalnya dinafikan kumpulan ‘Penasihat Komunikasi Najib’ (CAG).
Katanya, dalam satu kiriman di blognya bertajuk “Wanita Chief and the Grandmaster” pada 11 Disember lalu, seorang bernama Zainol memberi komen Najib dan isterinya, bercuti ke Los Angeles (LA) dan terbang ke Sydney, Australia sempena tahun baru.
“…Dia kata Najib akan pergi cuti di LA dengan Isteri… Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney.
“Jam itu kita masih tidor di Malaysia. Lepas itu mereka akan terbang dari Sydney pergi ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia,” komen itu dipetik Kadir.
Menurut Kadir, beliau mengirimkan pesanan ringkas (SMS) kepada ‘anggota CAG’ untuk bertanyakan kebenaran perkara itu, namun ia dinafikan.
Bagi mengesahkan ia bukan sekadar gossip dan fitnah, Kadir pada 30 Disember lalu mengirim SMS kepada Setiausaha Najib, Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad yang mengesahkan Najib ke luar negara dan tugasnya diambil alih oleh timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Kadir menambah, beliau juga bertanya kepada editor dua buah akhbar, salah seorangnya juga anggota ‘CAG’ melalui SMS, bagi mengetahui sekiranya ada kenyataan rasmi dibuat.
Salah seorang editor berkenaan kemudian mengesahkan bahawa tiada kenyataan rasmi dikeluarkan, namun enggan namanya dipetik.
Kadir yang sebelum ini dianggap bekas orang kuat Tun Mahathir Mohamad mencuri perhatian apabila menyindir Najib dan isterinya, Rosmah Mansor di blognya.
Secara sinis beliau mencadangkan Rosmah dilantik ke jawatan menteri, malah ke jawatan perdana menteri kerana peranannya mengambil tugas menteri-menteri kabinet.
Ia ekoran pujian Najib terhadap isterinya itu pada Perhimpunan Agung Umno awal Disember lalu, selepas mendapat kritikan menggunakan jet kerajaan untuk lawatan peribadi ke luar negara.
Tulisan Kadir itu, dilihat oleh ramai pemerhati politik sebagai serangan awal terhadap kepimpinan Najib dan mewakili pandangan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. -keadilandaily
Saya ingin menyampaikan kepada seluruh Tki Tkw yang bekerja di negri orang saya IBU.LILIS seorang TKW di SINGAPURA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan hamil gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka facebook mendapatkan nomor aki katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi aki dan minta angka bocoran SINGAPURA angka yang di berikan 4D ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi AKI AGUM SARTO di nomor.. ☎ +6285398996887 >0853<9899>6887< silahkan buktikan sendiri aki tidak melayani SMS demi allah saya sudah membuktikan. untuk info lebih jelas KLIK PASARAN MARKET TOGEL SGP/HK 4D 5D 6D
ReplyDeleteAtau INFO SELENGKAPNYA KLIK-> http://angkaperawansgp-jp.blogspot.co.id
• Angka Togel GHOIB: singapura
• Angka Togel GHOIB: hongkong
• Angka Togel GHOIB: malaysia
• Angka Togel GHOIB: magnum
• Angka Togel GHOIB: laos
• Angka Togel GHOIB: macau
• Angka Togel GHOIB: sidney
• Angka Togel GHOIB: vietnam
• Angka Togel GHOIB: korea
• Angka Togel GHOIB: brunei
• Angka Togel GHOIB: china
• Angka Togel GHOIB: thailand
• SALAM SEJAHTERAH BAGI PENGHUNI ROOM INI . . . . .