Wednesday, January 1, 2014
SETELAH DI TERJAH HEBAT OLEH RAKYAT KERANA MEMUAT NAIKKAN GAMBAR PALSU SEBAGAI ANGGOTA POLIS YANG CEDERA DI HIMPUNAN TURUN .. AKHIRNYA MOHON MAAF!!!!
RALAT: KESILAPAN MEMUATNAIK GAMBAR ANGGOTA POLIS CEDERA
Kami memohon maaf di atas ketidak pekaan memuat naik sekeping gambar yang disangka sebagai anggota polis yang cedera semasa menjalankan tugas di malam ambang tahun baharu.
PDRM tidak mempunyai sebarang niat untuk mengeruhkan keadaan.
Kami juga manusia biasa yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan namun akan sentiasa dan terus memperbaiki kelemahan yang ada.
Sekali lagi, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.
Terima kasih.
Begitulah ayat permohonan maaf dari admin page FB PDRM kerana muat naikkan gambar yang tiada kaitan langsung dengan anggota polis yang dikatakan cedera semasa Perhimpunan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) di Dataran Merdeka Malam tadi.
Sebelum ini Omak Kau sudah pun menyebarkan kisah ini pada artikel sebelum ini.
Tahniah kepada PDRM kerana berjiwa besar ... Omak Kau cukup yakin rakyat akan memaafkannya jika ianya benar suatu kesilapan dan tersalah pandang yang tulin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.