`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, February 20, 2014

" 10 Hari Tiada Bekalan Air. Penduduk Balakong Menuntut Syabas Memberikan Penjelasan Kerana Memutus Bekalan Tanpa Notis "





Penduduk beberapa kawasan di Balakong, Selangor berikrar akan mengadakan demonstrasi setiap petang sehingga bekalan air di kawasan itu pulih.

Mereka menuntut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) memberikan perkhidmatan air yang sepatutnya setelah 10 hari terputus bekalan.

Dalam demonstrasi pertama petang semalam, mereka mendakwa kira-kira 20,000 penduduk di Balakong, terutama di Taman Impian Ehsan, Taman Impian Indah dan Kampung Kenangan Indah, terjejas.

Jurucakap perhimpunan itu Paul Wong berkata, mereka mahu penjelasan SYABAS berkaitan punca pemotongan bekalan air tanpa notis sejak 9 Februari lalu. Kita hanya minta ada air, kalau macam ini selalu, susahlah kita, hidup tanpa air.

"Lagipun bahaya, naik motor bawa tong (air) banyak-banyak. (Penduduk) rumah flat angkat (air) sampai atas rumah, macam mana?” katanya.

Perhimpunan yang disertai penduduk pelbagai kaum itu berlangsung aman di tepi jalan utama berdekatan Lebuh Raya Silk, berdekatan taman-taman perumahan. Perhimpunan itu disertai kira-kira 40 orang penduduk. Ia berlangsung sejam sehingga jam 7:30 malam. Ramai penduduk yang lalu lalu turut membunyikan hon kenderaan tanda sokongan.


Rakyat Selangor sudah bijak menilai permasalahan ini, kebanyakannya sudah mengerti ianya bukan disebabkan oleh kerajaan negeri Selangor seperti yang diwar-warkan oleh media kawalan UMNO BN sepanjang 4 tahun ini. 

Mereka sedar ini adalah kerana perbuatan Syabas yang mahu masalah air ini dikaitkan dengan kerajaan negeri. 10 hari beb, bukannya sehari dua, orang kata kalau tidak ada bekalan elektrik boleh gagah lagi tapi kalau tidak ada bekalan air susah beb.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.