Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 6 Mac bagi membincangkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Sarawak yang akan dikosongkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Jumaat.
Mesyuarat yang dijadual bermula 10 pagi itu akan dipengerusikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di ibu pejabat SPR, Putrajaya.
Ia akan diikuti dengan sidang akhbar selepas itu, kata Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan di sini, Khamis. - mStar.
Hangpa nampak dah betapa 'anjing'nya aksi SPR kali ni. Taib Mahmud belum pun letak jawatan lagi tapi SPR dah sibuk tetap tarikh nak mesyuarat pasai PRK Balingan tu.Biasanya kalau wakil Rakyat mati sekali pun SPR akan tunggu sampai Speaker DUN keluarkan surat pemakluman rasmi bagitau pasai kekosongan kerusi baru SPR pilih tarikh untuk mesyuarat.
Kalau tengok kes Kajang lagi CELAKA, nampak sangat SPR buatloi ja. Adun Kajang letak jawatan pada 27 Januari, lebih seminggu baru SPR buat mesyuarat pada 5 Februari, selepas 9 hari selepas tu.
Penamaan calon pulak ditetapkan pada 11 Mac dan hari mengundi pada 23 Mac, 55 hari selepas Adun Kajang meletak jawatan. memang la tak salah pasai kalau ikut peraturan PRK boleh dibuat dalam tempoh 60 hari tapi biasanya SPR tak pernah tunggu sampai lama tu.
Aku cukup yakin untuk PRK Balingan pulak SPR takkan ambil masa yang panjang macam PRK Kajang, malah aku dok rasa SPR akan pilih tarikh yang sama dengan tarikh PRK Kajang, hari penamaan calon pada 11 Mac dan hari pengundian pada 23 Mac, cuma 22 hari selepas Taib Mahmud letak jawatan.
Malah aku rasa Taib Mahmud saja pilih masa sekarang untuk letak jawatan pasai nak 'tumpang' tarikh PRKi yang sama dengan PRK Kajang supaya jentera PKR dan Pakatan Rakyat dari semenanjung tak dapat nak tumpu untuk kempen PRK di Balingan.
Kalau betul telahan aku ni memang tak salah kut aku kata aksi terbaru SPR yang cukup 'cekap' ni memang macam aksi si 'anjing Umno' atau dalam konteks Sarawak lebih tepat sebagai si 'anjing BN' pasai Umno sampai sekarang masih gagal nak 'menjajah' Sarawak.Cenangau
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.