`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Friday, February 28, 2014

Wajah lelaki yang belasah lelaki lain kerana 'pandang' bininya

Banggakah bininya kerana mempunyai laki yang begitu berani belasah orang?

Keterangan gambar di atas yang disebar di FB
Inilah wajah si laki yang berang dan bertindak memukul lelaki lain kerana didakwa melihat bininya. Kejadian telah berlaku di hadapan sebuah bank di Cheras, pada 1.30 tengah hari semalam.

Mangsa dipercayai sedang menaip SMS kemudian mendongakkan kepalanya ketika lelaki terbabit bersama isteri lalu di hadapannya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu disalah erti menyebabkan lelaki berusia 27 tahun itu menjadi berang sebelum berhenti lalu mencekik dan memukul mangsa bertubi-tubi di bahagian kepala.

Dalam insiden tersebut, lelaki terbabit mengaku dirinya gengster di kawasan berkenaan dan turut mengambil alat pembuka skru tayar di dalam kenderaannya sebagai ugutan untuk memukul mangsa. “Orang ramai yang berada di tempat kejadian cuba meleraikan pergaduhan itu, namun lelaki itu terus memukul mangsa selain turut meludah ke arah mangsa sebelum beredar,” kata satu sumber kepada Harian Metro.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh mengesahkan kejadian itu.

“Suspek sudah menyerah diri di Balai Polis Sungai Besi petang tadi (semalam). “Pihak kami akan menjalankan kawad cam sebelum suspek dituduh di mahkamah. Kes ini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan (KK) kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 KK kerana mencederakan dengan niat, “katanya. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.